Chapter 3.17

244 28 2
                                    

Awal-awal pagi lagi Seven, Ezrel dan Kawakabe sudah memulakan sesi latihan. Mereka kini sedang menuju ke arah suatu tempat yang tidak diketahui.

Seven : "Pastikan kau orang kekal dekat dengan aku."

Mendengarkan kata-kata Seven membuatkan Kawakabe dan Ezrel agak berdebar. Perlahan-lahan mereka memasuki sebuah kawasan lama ala-ala Atlantis.

Ezrel : "Tempat apa ini?"

Seven : "Dahulunya di sinilah tempat lahirnya pahlawan Kaisu tersohor tanah air. Di sinilah bekas tapak latihan lama di mana kesemua pahlawan Kaisu di latih."

Ezrel : "Jadi apa yang telah berlaku di sini?"

Seven : "Peperangan pertama Alfa menentang Dark Guardian telah memusnahkan keseluruhan kawasan ini. Bermula daripada itu, kelompok Alfa Kaisu berpecah. Kawasan ini pula, telah menjadi sarang Dark Guardian kelas pertengahan."

Sebaik sahaja Seven berkata sedemikian, kedengaran suara-suara berbisik yang cukup kuat. Dirasakan bahawa mereka semua kini sedang diperhatikan. Sejurus Kawakabe mengeluarkan pedang samurai biasa daripada karungnya.

Seven : "Kenapa kau tidak buka pedang Kaisu itu?"

Kawakabe sedikit teragak-agak untuk memberitahu alasan dia enggan membuka pedang Kaisunya.

Kawakabe : "Urm...."

Ezrel : "Kawakabe-senpai kena sumpah dengan salah satu daripada Kuroki."

Seven : "Kena sumpah?"

Kawakabe : "Y... ye. Penglihatan saya putih sebaik sahaja saya mengeluarkan pedang Kaisu itu daripada karungnya."

Seven : "Jadi kau ingat dengan pedang biasa itu memadai untuk menewaskannya Dark Guardian ini?"

Kawakabe sekali lagi membisu.

Seven : "Buka pedang Kaisu itu. Kau orang berdua sekali."

Terkejut dan ragu-ragu namun mereka perlu percayakan sesi pembelajaran Seven. Tidak berlengah, Ezrel dan Kawakabe mengeluarkan pedang Kaisu masing-masing daripada karung.

Buka sahaja pedang Kaisu, masing-masing menemui jalan sukar. Kawakabe mengalami kesukaran untuk melihat sementara Ezrel mengalami kesukaran untuk mengawal halusinasinya.

'Pak!'

Bunyi tombak Seven menarik perhatian kedua-dua mereka.

Seven : "Kau orang berdua lihat sahaja aku. Selepas ini, aku nak setiap daripada kau orang bagi aku penjelasan."

Seraya Seven melangkah mendekati Dark Guardian yang sudah bersiap beratur untuk menyerang mereka. Lalu dia menghayunkan tombaknya ke posisi bertempur.

Seven : "Spirit of Destruction, Banshee."

Sejurus berlakunya perubahan pada diri Seven. Rambut dan telinga arnabnya yang pada awalnya berwarna hitam gelap kini bertukar menjadi warna putih. Tombak milik Seven perlahan membentuk pedang bilah sabit.

Perubahan Seven itu telah menarik perhatian Ezrel dan Kawakabe yang masih bersungguh-sungguh untuk mengawal diri.

Kawakabe : "A... apa benda itu? Saya dapat rasa ada kuasa yang begitu kuat."

Ezrel : "Seven.... Bertukar bentuk. Versi apakah ini?"

Kini Seven berhadapan dengan puluhan Dark Guardian yang elok berdiri dihadapannya. Tiba-tiba kelihatan makhluk yang menakutkan menjelma di belakang Seven. Makhluk apakah itu?

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now