Chapter 3.25

220 30 0
                                    

'Zass!'

'Splash!'

Merecik-recik darah sesungut Totoros di atas tanah. Tiada sesiapa nampak serangan apakah yang telah Seven kenakan ke atas Totoros sehingga dia mampu melumpuhkannya.

Totoros : "L... lajunya.... Aku tidak nampak serangan dia dari mana dan sejak bila dia melakukannya."

Walaupun dikerjakan seteruk itu, Totoros masih lagi mampu tersenyum. Sehinggalah dia perasan sesuatu yang telah melumpuhkannya.

Totoros : "N... nanti dahulu. K... kenapa aku tidak boleh tumbuhkan sesungut aku? S... sakitnya.... Sakit sangat."

Serangan halus daripada Seven memberi impak yang lebih besar daripada sangkaan Totoros.

Seven : "Kau nak tumbuhkan sesungut itu ke? Malangnya, aku belum pernah melihat mana-mana Guardian yang berjaya menyembuhkan anggota badannya setelah di belah oleh senjata yang di tempa oleh kerabat Kaisu ini."

Membutang anak mata Totoros mendengarkan penjelasan Seven berkaitan senjata yang telah digunakannya itu. Barulah Totoros menggigil ketakutan. Siapa sangka mimpi ngeri kini sedang berdiri dihadapannya.

Totoros : "K... kau siapa? Bagaimana kau ada senjata daripada kerabat Kaisu itu?"

Seven : "Siapa pun aku, ianya sudah terlambat untuk kau tahu kerana akulah yang akan menamatkan riwayat kau."

Berpeluh lebat Totoros di tempat dia berdiri. Seraya Seven berlari ke arah Totoros untuk melancarkan serangan jarak dekat.

Seven : "Moon's art, soothing impact."

Sejurus Seven menghayunkan pedang sabitnya ke arah Totoros. Lantas, Totoros menghalang serangan Seven dengan menggunakan kedua-dua belah lengannya. Pertahanan Totoros tidak cukup kukuh untuk membidas serangan Seven yang begitu berkuasa.

Pantas Totoros menarik kembali lengannya yang sudah retak terkena pukulan batang pedang sabit Seven.

Totoros : "Tak guna.... Dia terlalu berkuasa."

Seven masih lagi ligat untuk melepaskan serangan. Pedang sabitnya dihayunkan pantas dan cekap seperti seorang ahli gimnastik dengan rebennya.

Seven : "Aku sangkakan lapan Kuroki semakin berkuasa. Malangnya, sama sahaja bahkan lebih lemah daripada sebelum ini."

Totoros : "Gragh! Kau ini siapa sebenarnya? Jangan berani memperlekehkan aku!"

🌸🌸🌸

'Tupp! Tupp!'

Tidak berkesudahan Ryn memanah setiap satu daripada klon Souma. Dalam masa yang sama dia terpaksa mengelak serangan jarak dekat daripada Kawakabe.

Ryn : "Kau orang ini semakin lama semakin annoyin aku lihat. Hentikan kesemua permainan bodoh ini."

Lantas Ryn melepaskan panahnya ke semerata tempat tanpa melihat ke mana arah mengena sasaran. Siapa sangka serangan tersebut mampu melumpuhkan corak serangan Souma dan Kawakabe.

Sebahagian besar daripada panah Ryn mengena tepat ke arah Souma dan Kawakabe. Basah baju mereka dengan darah.

Kawakabe : "S... Souma.... Bertahan k... kita akan menangkan perlawanan ini."

Termengah-mengah Kawakabe berkata sedemikian. Keadaan Kawakabe merisaukan Souma lalu dia memandang tepat ke arahnya. Betapa terkejutnya Souma melihat adanya panah yang tertusuk terus ke dada Kawakabe.

Souma : "Kawakabe-senpai!"

Kawakabe : "K... kita akan menang."

Lalu Kawakabe rebah di tempat kejadian. Hendak membantu Kawakabe namun Souma juga tidak terkecuali juga rebah kerana adanya panah yang menembusi perutnya.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now