Chapter 3.29

215 22 0
                                    

Pasukan The Six Fusion sedang berkumpul untuk bermesyuarat tentang peristiwa yang melanda Pekan Guardian Lama. Jelas tertampak wajah risau pada wajah tuan guru Denki-sama.

Hanako : "Tuan guru, bagaimana keadaan di Pekan Guardian Lama itu?"

Denki : "Ianya tidak dalam keadaan baik."

Sejurus kesemua ahli mesyuarat membisu. Terlalu terkejut dengan apa yang telah diperkatakan oleh tuan guru Denki-sama.

Denki : "Tembok pertahanan Pekan Guardian Lama yang sebegitu kukuh itu roboh sekelip mata sahaja."

Maya : "Nampak gayanya musuh kita sebegitu berkuasa."

Uzui : "Bagaimana keadaan Rolland dan lain-lain?"

Secara rawak Uzui bertanyakan soalan sedemikian. Lalu air muka tuan guru Denki-sama semakin suram. Nampak begitu jelas tiada apa-apa berita gembira dalam mesyuarat pada kali ini.

Denki : "Setakat ini, saya tiada terima apa-apa berita daripada mereka. Barangkali bekalan elektrik di sana terputus dan menyukarkan lagi perhubungan kita."

Sekali lagi ahli mesyuarat dikejutkan dengan berita daripada tuan guru Denki-sama.

Aroud : "Izinkan saya ke sana, tuan guru."

Bingkas Aroud bangkit daripada kerusinya.

Aroud : "Ianya salah saya mereka terpaksa ke sana tanpa saya. Jikalau saya tidak hilang kawalan ketika menyelamatkan Uzui, sudah semestinya saya sudah membantu menyelamatkan mereka semua."

Denki : "Aroud. Sekarang ini, bukanlah masa yang sesuai untuk kamu menyalahkan sesiapa. Kita perlukan rancangan untuk bawa Azarael dan yang lain-lain kembali ke sini dengan selamat."

Aroud : "Jikalau begitu, izinkan saya untuk terlibat dengan misi ini."

Lalu tuan guru Denki-sama memandang kosong ke arah Aroud. Dia masih belum mempercayai Aroud seratus peratus lagi. Khuatir dirinya Aroud akan hilang kawalan seperti sebelum ini. Akan tetapi Aroud berkeras untuk terlibat dalam misi ini.

Aroud : "Tolong, tuan guru Denki-sama. Saya merayu. Saya betul-betul mahu terlibat dalam misi ini."

Melihatkan Aroud yang begitu bersungguh-sungguh memujuknya membuatkan tuan guru Denki-sama terpaksa akur. Namun begitu, adanya syarat di sebalik persetujuan itu.

Denki : "Baik. Jikalau kamu mahu sangat menyertai misi ini, saya boleh izinkan. Cumanya saya mahu kamu berdua dengan Ronex untuk ke sana."

Tercengang Ronex apabila namanya di petik oleh tuan guru Denki-sama. Sudahlah dia sememangnya anti dengan Aroud, di paksa pula untuk dia bekerjasama dengannya dalam misi menyelamatkan Azarael.

Ronex : "A... apa dia?"

Denki : "Saya tahu kamu dengar apa yang saya katakan ini, Ronex. Jangan nak buat-buat tanya apa yang telah saya perkatakan sebentar tadi."

Ronex : "Saya hanya mahu pastikan apa yang saya dengar ini benar ataupun tidak."

Denki : "Aroud dan Ronex. Dengan ini, saya mengamanahkan kamu berdua untuk membawa pulang Azarael dan pasukannya ke Yusei Temple ini dengan selamat. Jelas?"

Sudah dijelaskan oleh tuan guru Denki-sama pun Ronex masih enggan menerima apa yang telah diterimanya.

Ronex : "T... tetapi tuan guru.... Kenapa mesti saya?"

Denki : "Saya dapat rasakan di sana sudah ada ramai Kuroki yang menanti untuk menangkap Azarael. Memandangkan kamu yang paling kuat antara mereka, jadi saya lebih yakin untuk melepaskan kamu ke sana."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now