Chapter 3.11

322 28 0
                                    

Denki : "Selamat datang anak muridku."

Tuan guru Denki-sama mengalu-alukan kedatangan The Six Fusion. Masing-masing berdebar sebaik mereka dikumpulkan. Sudah semestinya adanya bencana luar biasa yang melanda angkara dark guardian.

"Terima kasih tuan guru Denki-sama. Namun ada apa tuan guru kumpulkan kami?"

Seorang lelaki dalam kalangan mereka bertanyakan soalan sedemikian dengan lembut.

Denki : "Ah, maaf. Mesti saya menyusahkan kamu kan, Ronex."

Seraya tuan guru Denki berpaling ke arah anak muridnya yang telah bertanyakan soalan sedemikian. Ya, dialah ketua dalam pasukan The Six Fusion, Ronex Wright.

Ronex : "T... tak. Bukan begitu."

Kata-kata tuan guru Denki telah mendatangkan rasa bersalah kepada Ronex.

Denki : "Haa, tak sangka kamu semua sudah besar. Seingat saya, kamu semua masih lagi budak-budak sepertimana saya temui kamu dahulu."

Ronex : "Saya minta maaf atas kebiadapan saya sebentar tadi, tuan guru Denki-sama."

Dengan penuh rasa hormat Ronex memohon keampunan kepada gurunya yang sudah lebih kepada penjaga mereka semua.

Denki : "Tidak mengapa, Ronex."

Pandangan tuan guru Denki-sama kini beralih kepada Aroud yang membisu dari tadi. Hairan dia melihat Aroud yang kebiasaannya riuh kini dia sedikit membatu.

Denki : "Aroud? Kenapa senyap sahaja ini?"

Aroud : "Ah, m... maaf, tuan guru Denki-sama. Saya cuma risau. Kenapa kita semua berkumpul ini?"

Pertanyaan Aroud telah mengubah suasana di persekitaran mereka. Barangkali tuan guru Denki berborak ramah dengan mereka agar dapat menenangkan fikiran mereka semua. Namun hakikatnya mereka semua lebih cekap membaca situasi daripada pengetahuan tuan guru Denki.

Denki : "Ya. Kita memang patut pun berasa risau. Kuroki tahap tertinggi sudah mula menampakkan dirinya."

Dingin sahaja pemandangan tika itu. Hanya dihiasi dengan wajah tegang setiap daripada mereka.

"Kita perlukan rancangan dan persiapan untuk berhadapan dengan mereka nampak gayanya."

Seorang wanita berambut alun ibarat gulungan ombak memberikan cadangannya.

Denki : "Saya sudah siapkan rancangan. Seperti yang kamu semua maklum, kita ada tiga orang pelajar baru. Apa yang saya lihat, mereka bertiga ada potensi untuk menyokong generasi kita."

Aroud : "Maaf menyampuk, tuan guru Denki-sama. Adakah dia budak yang Kawakabe sedang latih itu?"

Pantas Aroud memotong kata-kata tuan guru Denki.

Denki : "Ya, benar. Dia adalah satu-satunya kerabat Kaisu yang mampu mengendalikan pedangnya."

Sebaik sahaja tuan guru Denki mengumumkan latar belakang Ezrel, kesemua The Six Fusion tergumam.

Denki : "Dia masih lemah dan tidak berkemahiran. Jadi saya mahukan seorang ke dua orang antara kamu untuk melatih dia dan lagi dua orang rakannya."

Cadangan tuan guru Denki mendapat bantahan keras oleh Ronex. Wajahnya jelas tertampak tidak berpuas hati dengan keputusan tuan guru Denki.

Ronex : "Buat apa kita hendak menolongnya sedangkan pada akhirnya dia akan menjadi sama seperti Kawakabe?"

Senyap sepi ruangan bilik itu setelah mendengarkan persoalan Ronex. Namun Aroud tidak akan membiarkan dirinya membisu di situ.

Aroud : "Ronex, Kawakabe jadi begitu kerana kita juga. Jikalau kita sempat menyelamatkannya, dia mungkin masih boleh menggunakan pedangnya."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now