Chapter 3.28

223 27 0
                                    

"Hiroshi, Kiyoshi. Mari sini kepada bonda."

Lalu dua orang lelaki kembar berjalan bertemu dengan ibunya. Seorang berambut putih dan seorang lagi berambut hitam. Si berambut hitam itu Hiroshi dan si rambut putih pula Kiyoshi.

Hiroshi : "Ya, bonda. Ada apa bonda panggil kami?"

"Bonda nak cium anak-anak bonda ini."

Lalu dikucupnya pipi setiap seorang daripada mereka.

Kedua-dua orang kembar ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Sehinggalah suatu tragedi berlaku kepada mereka.

Hiroshi : "K... Kiyoshi! Lihat ini."

Segera Kiyoshi mendekati adik kembarnya.

Kiyoshi : "Apa itu, Hiroshi?"

Hiroshi : "Saya ada kuasa bayang-bayang."

Terpaku Kiyoshi mendengar kata-kata adik kembarnya itu.

Kiyoshi : "Kuasa bayang-bayang?"

Hiroshi : "Tidak percaya? Tengok ini."

Lalu secara ajaibnya Hiroshi menghasilkan bayang-bayang kucing yang entah daripada mana wujudnya. Selepas satu, lagi satu bayang-bayang yang dijelamakannya. Sudah seperti teater bayang-bayang bertaraf antarabangsa. Kagum Kiyoshi menyaksikan kebolehan Hiroshi.

Kiyoshi : "Hiroshi...."

Hiroshi : "Hahahh.... Hebat tak?"

Lembut Kiyoshi memeluk adik kembarnya itu.

Kiyoshi : "Hebatnya kau."

Hiroshi : "Hehehh...."

Tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapa, mereka telah membesarkan dua orang kanak-kanak dengan kuasa luar biasa.

Akan tetapi perbezaan ibarat langit dan bumi kedua-dua orang kembar itu menjadi cabaran besar mereka.

'Dush!'

Pergaduhan yang melibatkan Hiroshi telah mendatangkan suasana yang sangat huru-hara. Lantas dengan pantas Kiyoshi hadir menerpa adiknya.

Kiyoshi : "Beri laluan!"

Pantas Kiyoshi menghambat adiknya itu. Pantas dia meminta maaf kepada budak lelaki yang menjadi mangsa tumbuk Hiroshi.

Hiroshi : "Kiyoshi! Jangan minta maaf kepada dia. Dia yang mulakan dahulu. Dia cakap kita ini bukan adik beradik."

Kiyoshi : "Aah...."

Sekilas Kiyoshi memandang ke arah budak lelaki yang berada dihadapannya itu.

Kiyoshi : "Suka ataupun tidak, saya dan Hiroshi sememangnya adik beradik yang sah. Tidak perlu diragukan lagi."

Suasana yang tegang itu kian mengendur setelah Kiyoshi dengan begitu matang menguruskan salah faham itu. Dengan mudah Kiyoshi mampu meredakan keadaan yang huru-hara sejak tadi.

Kiyoshi : "Sekarang ini, izinkan saya dan adik saya pergi. Kami ada urusan penting yang perlu diselesaikan."

Lantas Kiyoshi menghambat tangan Hiroshi. Lalu berjalan pergi meninggalkan tapak perbalahan itu.

Hiroshi : "Lembap, Kiyoshi. Kenapa kau pergi berlembut dengan dia orang? Kau boleh pula pergi minta maaf kepada mereka?"

Kiyoshi : "Hiroshi.... Kadang kita minta maaf tidak semestinya kita yang salah. Namun minta maaf itu sebagai tanda tulusnya hati kau sebagai seorang manusia."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now