Chapter 3.14

249 31 6
                                    

Towa : "Kau orang ada dengar tak fasal Uzui-senpai bertarung dengan salah seorang daripada lapan Kuroki?"

Souma : "Kes itu dah tersebar luas. Mana mungkin kita orang tak tahu?"

Ezrel : "Kasihannya, Uzui-senpai cedera parah dalam perlawanan tersebut."

Towa : "Ya. Nasib baik Aroud-senpai sempat sampai. Jikalau tidak, lagi teruk agaknya."

Souma : "Kita tak boleh nafikan boleh jadi antara mereka yang maut. Lapan Kuroki mempunyai kuasa yang di luar jangka. Sudah berapa tahun mereka wujud memakan Alfa."

Kecoh tiga sahabat itu membincangkan isu terkini. Lokasi mereka kini di tengah-tengah padang lapang bersedia untuk bermain permainan gelang merah.

Towa : "Okay. Kau orang semua sudah bersedia?"

Ezrel : "Aku tak pasti boleh ke tak aku lakukan ini."

Souma : "Percaya kepada diri kau, Ez. Kau lebih kuat berbanding apa yang kau sangkakan."

Ezrel : "Hmm.... Okey."

Kata-kata semangat daripada Souma sedikit sebanyak dapat memberi motivasi kepada Ezrel.

Towa : "Dalam kiraan tiga, dua, satu!"

Serta merta Towa menyerbu ke arah Souma. Maka pergelutan antara Towa dan Souma bermula. Mereka meninggalkan Ezrel sendirian.

Souma : "Smoke's defend art, steam clon!"

Secara rawak Souma yang cuba untuk di hambat Towa lesap ibarat debu.

Towa : "Eh?"

Souma : "Kau kena belajar untuk menggunakan gerakan istimewa selain daripada larian kilat kau itu."

Suara Souma kini kedengaran di belakang Towa. Sebaik sahaja Towa berpaling ke belakang, terdapat lima orang Souma berdiri dibelakangnya. Tidak tahu yang mana satu Souma yang sebenarnya.

Towa : "Seriously, Souma?"

Souma hanya mengangkat kening sebelahnya dengan pertanyaan Towa. Ternyata Souma bukanlah calang-calang punya pesaing.

🌸🌸🌸

Tanpa mereka sedar, permainan mereka sedang diperhatikan oleh The Six Fusion.

Maya : "Wau, saya suka lelaki bertopeng itu. Dia sangat berkemahiran. Lelaki hibrid itu pula lebih kepada terburu-buru."

Rolland : "Betullah itu. Si kelam-kabut Towa itu hanya mahu semua kerja di buat dengan cepat sahaja."

Ronex : "Kau lihatlah Alfa itu. Hanya terdiam di situ. Tak ada usaha langsung untuk bersaing."

Seraya kesemua mereka memandang ke arah Ronex. Cukup dia tidak berpuas hati dengan Ezrel.

Ronex : "Dia dengan si lemah Kawakabe sama sahaja. Tiada bezanya."

Dengan selambanya Ronex melangkah kaki pergi dari situ meninggalkan aura yang kurang senang dalam kalangan The Six Fusion.

Maya : "Geez.... Apa masalah dia itu?"

Rolland : "Aku pun tidak faham apa yang dia anti sangat dengan Ezrel."

Yume : "Dia masih lagi baru. Malahan kita tak tahu lagi apa kuasa yang dimiliki pedang Kaisu milik Ezrel ini."

Maya : "Sejujurnya, saya ternanti untuk melihat kuasa Ezrel itu. Lagipun saya pernah dikagumi dengan kuasa pedang Kawakabe."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now