Chapter 3.50

183 27 2
                                    

'Swoosh!'

Rolland dan Maya di arahkan ke Hutan Foledure dengan menaiki tunggangan tuan guru Denki-sama. Ianya bukanlah sebarang tunggangan. Ianya seekor rama-rama gergasi yang begitu besar sehingga mampu memuatkan lima orang di atas badannya.

Rolland : "Betul ke kita boleh percayakan Kuroki itu? Aku risau ianya adalah perangkap."

Maya : "Percaya atau tidak, jikalau kita tidak pergi, kita tidak akan tahu."

Rolland : "Hmm.... Persoalannya...."

Sejurus Rolland memandang ke arah Ezrel sekawan yang sempat bermain permainan kad di bahagian belakang tunggangan.

Rolland : "Kenapa kau orang bertiga perlu ikut sekali?"

Towa hanya tersengih keldai di sebelah Rolland. Manalah tahu kalau kita orang ikut, kita orang dapat belajar skill baru daripada senpai kita orang. Lagipun, Ezrel ini sangat memerlukan motivasi untuk kembali mencari kuasa pedang Kaisunya."

Ezrel : "Eh?"

Tidak semena-mena Ezrel menjadi mangsa keadaan Towa.

Rolland : "Iyalah kau."

Maya : "Menurut apa yang telah di beritahu, dialah makhluk Kuroki yang hampir aku lawan beberapa hari lalu."

Ezrel : "Dia pernah datang ke Yusei Temple?"

Maya : "Ya. Malangnya dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kesemua The Six Fusion kebetulan sudah pulang."

Ezrel : "Mujurlah...."

Maya : "Dia adalah elemen api."

Rolland : "Sebab itu ke kita berdua diperlukan?"

Maya : "Ya. Elemen api lemah dengan elemen air namun hebat menentang ais."

Rolland : "Haa? Hebat menentang ais? Aku silap dengar ke apa ini?"

Susah untuk Rolland percaya apa yang telah Maya ungkapkan sebentar tadi.

Maya : "Cuba ais dicampakkan ke dalam api. Ais cair kan? Sebaliknya, ais yang mencair itu menghasilkan air yang akhirnya memadamkan api. Jadi siapa yang lebih hebat? Api atau ais?"

Maya sengaja hendak menyakat Rolland. Bukannya dia tidak tahu Rolland itu sejenis yang enggan mengaku kalah.

Rolland : "Ceh! Kau nak kata yang kau lebih hebat ke?"

Maya : "Aku tak cakap begitu. Hahahahh.... Aku hanya kata, kau dan aku apabila elemen kita bergabung, campak mana-mana pun kita boleh hidup."

Terdiam Rolland sebaik sahaja mendengar kata-kata Maya. Maya sangat pandai bermain dengan kata-katanya.

Rolland : "Heh! Yelah itu."

Khusyuk kedua-dua orang The Six Fusion bergaduh, tidak sedar bahawa mereka sudah tiba di lokasi.

Souma : "Kita sudah sampai."

Maya : "Wah.... Akhirnya!'

Maya meregangkan otot badannya yang sudah terasa lenguh.

Berhati-hati mereka semua turun daripada tunggangan. Kini di hadapan mereka, terbentang hutan yang begitu tebal.

Rolland : "Sekarang ini, bagaimana untuk kita mencari Kuroki itu?"

Maya : "Jangan risau. Kita kan ada anjing pemburu di sini?"

Terkial-kial mereka cuba untuk memahami kenyataan Maya. Tidak sedar bahawa Maya sedang menghalakan kata-katanya itu kepada Towa.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now