Chapter 3.48

175 26 10
                                    

Ezrel : "Haa?"

Ezrel terjaga daripada tidur. Disangkakan dia akan terjaga di dunia realiti. Akan tetapi dia terjaga di dunia mimpi. Kemudiannya dia menggosok dahi yang kian terasa beban.

Sejurus dirinya terasa meremang membayangkan pedang Kaisu yang musnah sekelip mata. Peluh lebat mengalir di pipi.

Ezrel : "Tokotsu.... Tokotsu...."

Ezrel menggenggam erat kedua-dua sisi kepalanya. Trauma bahkan takut akan kehilangan itu.

Ezrel : "Tak.... Apa yang akan berlaku kepada dunia ini nanti. Aku ini lemah...."

"Hmm?"

suara seorang kanak-kanak perempuan menyapa Ezrel sejurus menarik perhatiannya. Selama ini hanya dia sendirian sahaja di dalam dunia mimpi itu. Tiada sesiapa yang pernah bersamanya kecuali Tokotsu.

Ezrel : "Haa?"

Perlahan Ezrel memandang ke arah kanak-kanak tersebut. Mereka mempunyai rupa paras yang seakan sama. Lantaran itu, Ezrel memberanikan diri untuk menyapa gerangan siapakah yang bersamanya itu.

Ezrel : "Hei? Siapa awak ini?"

"E... Ezra...."

Membutang anak mata Ezrel mendengar nama kanak-kanak itu. Tidak lain dan tidak bukan, itulah dia roh adik kandungnya yang menjadi mangsa korban demi sebilah pedang Kaisu.

Ezrel : "A... adik...."

Secara rawak mata Ezrel bergenang dengan air mata. Setelah sekian lama, akhirnya dia ditakdirkan untuk bertemu dengan adiknya.

Ezrel : "Adik.... Ini abang awak. Ezrel."

Ezra : "Ezrel...?"

Ezrel : "Azarael."

Nama penuh Ezrel kian terlintas di dalam kepala Ezra.

Ezra : "Abang Ez...."

Ezrel : "Ya. Ini Abang Ez...."

Ezra : "Abang!"

Lantas dipeluknya tubuh Ezrel dengan erat. Tangisan kecil kian kedengaran antara mereka.

Ezrel : "Abang minta maaf. Abang tak dapat nak selamatkan kita semua. Abang gagal...."

Ezra : "Abang.... Abang tak gagal. Abang sudah cuba sedaya upaya."

Ezrel : "T... tetapi... abang sudah kecewa kawan-kawan abang. Apa yang abang perlu buat?"

Ezra : "Urm.... Apa kata abang bermain dengan saya?"

🌸🌸🌸

'Tap.... Tap.... Tap....'

Gerak kaki tuan guru Denki-sama menuju ke tempat yang tidak pernah dilaluinya.

Denki : "Jadi inilah dia mimpi Ezrel. Saya kena kejutkan dia sebelum dia lebih jauh menyelam-?"

Sebaik sahaja tuan guru Denki-sama berpaling ke sebelah kanannya, betapa terkejutnya dia melihat Tokotsu sudah terpacak disebelahnya.

Denki : "K... kamu...."

Tokotsu : "Eh? Orang tua."

Mahu berlapis dahi tuan guru Denki-sama mendengar kata-kata panggilan yang diberikan oleh Tokotsu.

Denki : "Kau buat apa di sini? Di mana Ezrel?"

Tokotsu : "Aku buat apa di sini? Sepatutnya aku yang perlu tanya. Kau buat apa di dunia aku? Bagaimana kau boleh masuk ke sini?"

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now