Chapter 3.43

218 31 2
                                    

Denki : "Saya akan pecahkan kamu semua kepada beberapa kumpulan untuk memburu mereka ini. Kita akan membuat serangan hendap kali ini."

🌸🌸🌸

Seperti apa yang telah diarahkan oleh tuan guru Denki-sama, mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan dengan dua orang bagi setiap kumpulan. Souma kini berpasukan bersama Uzui.

Souma : "Kau tidak apa-apa ke? Betul ke kau boleh teruskan ini?"

Uzui : "Ya. Aku boleh teruskan ini. Jangan risau ya?"

Souma hanya mampu memandang ke arah Uzui. Namun hakikatnya hatinya risau akan kondisi diri Uzui yang sudah cedera teruk dikerjakan oleh Nar baru-baru ini. Mereka berdua diarahkan untuk menjejaki Kuroki keempat, Ichigan. 

Uzui : "Kuroki yang kita sedang buru ini ada kuasa untuk memanipulasi darah manusia. Jangan biarkan dia hisap darah kau."

Souma : "Kalau perkara itu berlaku, apa yang akan berlaku kepada aku?"

Uzui : "Kau akan jadi hambanya sepertimana Kawakabe."

Souma kian membisu. Enggan untuk dia masuk campur hal peribadi The Six Fusion itu.

🌸🌸🌸

'Tap.... Tap.... Tap...'

Towa : "Kita sudah hampir."

Towa bersama Kawakabe sedang dalam misi menjejak Ichigan. Namun begitu, wajah Kawakabe tidak senang duduk daripada tadi. Bahkan tiada sepatah pun kata yang keluar daripada mulut Kawakabe sendiri.

Towa : "Kawakabe-senpai?"

Secara langsung Towa mengejutkan Kawakabe daripada lamunannya.

Kawakabe : "Ah? K... kenapa?"

Towa : "Kawakabe-senpai tak apa-apa ke?"

Kawakabe : "A... apa maksud awak tak apa-apa?"

Towa : "Urm, tak adalah. Senpai nampak gusar daripada tadi. Ada apa-apa yang berlaku ke?"

Kawakabe : "Hmm.... Tiada apa-apalah. Masalah peribadi sahaja."

Towa : "Okey. Namun kalau ianya melarat, senpai kena buat sesuatu mengenainya."

Kawakabe hanya mampu membisu dengan kata-kata Towa. Realitinya dia agak takut terpaksa bertembung dengan Kuroki yang menyumpahnya sehingga kini. Tidak sanggup untuk dirinya berhadapan dengan Ichigan.

Namun begitu, arahan tetap arahan. Misi mereka adalah membuat serangan hendap kepada Kuroki. Perlahan-lahan Kawakabe mengekori Towa yang cekap mengesan jejak langkah Ichigan. Apa pun yang bakal berlaku, mereka terpaksa mengharunginya dengan perancangan yang kemas.

Lantaran itu, mereka tidak sedar bahawa diri mereka juga turut sama di intip.

Ichigan : "Hehehh.... Kau orang hendak memburu aku? Kau orang kena tahu yang kau sendiri masuk ke dalam mulut buaya sebenarnya."

Ichigan duduk elok di atas pohon yang terletak betul-betul di bawah Towa dan Kawakabe. Tidak sabar-sabar untuk dia melancarkan serangan. Namun dia kelihatannya sudah ada rancangan tersendiri untuk memerangkap mereka.

🌸🌸🌸

Luna : "Cree. Kau sudah balik."

Cree baru sahaja pulang daripada medan berdarah. Hatinya masih lagi rasa beban.

Cree : "Bagaimana keadaan Seven?"

Seraya air muka Luna berubah tatkala mendengar persoalan Cree.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now