Chapter 3.33

208 23 0
                                    

Ronex : "Kau ini siapa?"

Seven : "Aku dan Cree adalah pahlawan Crescent."

Tercengang mata mereka berdua memandang antara satu sama lain.

Aroud : "Pahlawan Crescent? Askar terkuat yang pernah berperang dengan dark Guardian dulu?"

Cree : "Aku tak layak untuk terima semua pujian itu. Namun nampak gayanya begitulah."

Seven : "Kuroki pada asalnya ada sembilan orang. Songji adalah ketuanya. Pengawal pintu lohong hitam. Diekori oleh Ayaky, penembak laser membunuh. Bims, pengawal api. Kembar Jenn dan Nar, pengawal bayang dan cahaya. Ryn, si pemanah. Totoros, reptilia berkuasa dan Heinz, si sayap maut."

Ronex : "Hmm... Tidak hairan kenapa kau boleh tahu begitu banyak maklumat tentang Kuroki."

Aroud : "Eh, baru aku perasan. Di mana Towa?"

Setelah begitu lama mereka berborak, baru Aroud perasan bahawa Towa tiada bersama mereka.

Sejurus persoalan Aroud telah mengubah air muka masing-masing. Tajam anak mata Ronex setelah melihat perubahan reaksi mereka semua.

Ronex : "Apa yang berlaku kepada dia?"

Ezrel : "D... dia sudah jadi dark Guardian."

Membutang anak mata Aroud dan Ronex sebaik sahaja telinganya mendengar penjelasan Ezrel.

Ezrel : "Dia kena culik. Tahu-tahu sahaja dia sudah menjadi dark Guardian."

Ronex : "Hmm.... Kita tak boleh buat apa-apalah kalau begitu. Nak tak nak, kita kena terima yang Towa sekarang adalah musuh kita."

Kian membisu kesemua mereka yang berada di situ. Walaupun perit, namun apa yang telah diperkatakan oleh Ronex itu benar sama sekali.

Aroud : "Aku susah nak percaya apa yang telah kau orang sampaikan ini."

Cree : "Ianya benar sama sekali. Tiada keraguan lagi."

Aroud : "Haih.... Kita sudah tak boleh buat apa-apa. Hidup perlu diteruskan."

Ronex : "Sekarang ini, kita kena fikirkan tempat untuk kita berlindung."

Ezrel : "Kita semua boleh berlindung di rumah saya."

Seraya Souma memandang ke arah Ezrel.

Souma : "Rumah yang kau sewa dengan Towa ke?"

Ezrel : "Ya."

Souma : "Tidak rasa yang tuan rumah itu sudah kunci rumah itu ke? Kau orang sudah setengah tahun tidak membayar sewa."

Berkerut dahi Ezrel sebaik sahaja Souma mengatakan sedemikian. Begitu lama mereka meninggalkan Pekan Neon Pride itu. Sudah semestinya akan ada penyewa baru yang menduduki rumah mereka itu.

Kawakabe : "Bagaimana dengan Akademi Guardian?"

Sejurus Souma tidak begitu pasti dengan cadangan Kawakabe.

Souma : "Aku tidak begitu pasti. Tempat itu pun mempunyai sistem keselamatan yang agak rendah lagi. Lagipun aku tak pasti siapakah antara mereka yang boleh dipercayai."

Sekilas wajah seseorang terlintas di dalam kepala Ezrel. Ianya satu-satu sarjan yang sentiasa berada di samping mereka ketika mana mereka berada di Akademi Guardian.

Ezrel : "Aku rasa aku tahu siapa yang kita boleh percayakan."

Lantas Souma memandang ke arah Ezrel. Dia seolah-olah dapat meneka siapakah manusia yang dimaksudkan oleh Ezrel.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now