Chapter 3.13

274 33 3
                                    

'Tap.... Tap....'

Uzui baru sahaja tiba di stesen keretapi selatan Neon Pride. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan di selatan Neon Pride kini tandus ibarat baru sahaja berlaku peperangan.

Uzui : "It can't be...."

"Nyum.... Nyum...."

Susuk tubuh makhluk yang begitu menghairankan menjelma di hadapan Uzui. Cukup menggerunkan apabila makhluk yang berada dihadapannya sedang enak menikmati juadah mayat guardian yang masih segar.

Totoros : "Oh, wau.... Tak sangka kita boleh bertemu sepantas ini."

Memucat tidak berdarah wajah Uzui apabila salah seorang daripada lapan Kuroki berbicara kepadanya.

🌸🌸🌸

Towa : "Gragh! Kenapa kita kena gotong-royong pula ini?"

Souma : "Boleh tak kau duduk diam sahaja? Bingit betullah."

Tiga orang sahabat kini di agah untuk mencuci lantai kaki lima bilik mereka. Mengharapkan hari ini dapatlah mereka bermain permainan yang pernah dimainkan oleh senior mereka kelmarin. Malangnya, semua itu hanyalah harapan palsu buat mereka.

Ezrel : "Hahahh.... Sabarlah, Towa. Makin laju kita siapkan kerja ini, lagi cepat kita boleh berlatih."

Towa : "Kalau begitu, biar aku yang uruskan semuanya!"

Tapak kasut Towa mula menghasilkan cahaya kilat berwarna biru bersiap sedia untuk mengaktifkan serangannya. Namun begitu belum sempat untuk dirinya melangkah, Aroud sempat mencapai belakang kolarnya.

Aroud : "Wouh? Apa yang kamu cuba buat ini?"

Ezrel : "Kawakabe senpai."

Ketiga-tiga orang senior kesayangan mereka kebetulan berjalan di kawasan tersebut.

Towa : "Hmm.... Apa yang senior semua buat di sini?"

Rolland : "Kami diarahkan untuk perhatikan kau orang."

Souma : "Perhatikan dia sahaja. Kami berdua baik-baik sahaja."

Seraya Souma menunding jari ke arah Towa yang merungut daripada tadi.

Towa : "Argh.... Tak boleh ke kita orang menggunakan kuasa kita orang untuk siapkan kerja mengemas ini?"

Sejurus itu, air muka ketiga-tiga senior itu bertukar menjadi suram.

Rolland : "Aku syak adik kau ini sudah kena sampuk agaknya, Aroud?"

Towa : "Kenapa? Tak boleh ke?"

Secara tiba-tiba Aroud merapatkan wajahnya yang kian bertukar menjadi suram ke wajah Towa.

Aroud : "Kau jangan berani-berani nak buat fasallah. Kau nak mati kena bantai dengan tuan guru Denki-sama ke?"

Memucat wajah Towa dengan ugutan Aroud tika itu. Tidak sangka tuan guru Denki-sama yang di anggap sebagai lembut mampu menjadi begitu menggerunkan.

Ezrel : "Betul ke dia akan bantai kita dengan teruk?"

Kawakabe : "Tidaklah bantai. Lebih kepada belasah dengan dahsyat."

Seraya wajah Kawakabe juga turut berubah menjadi pucat. Barangkali di dalam kepalanya telah membayangkan wajah menggerunkan tuan guru Denki-sama. Sambil-sambil suasana dingin itu mempengaruhi, bertambah dingin apabila pemilik badan sendiri berada di belakang mereka.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now