Chapter 3.42

221 29 0
                                    

'Dush!'

Terpelanting jauh Mayuki apabila di tumbuk sekali oleh Cree. Mahu berbatang pokok tumbang terkena hentakan badan Mayuki yang begitu deras itu.

Mayuki : "Hik! D... dia apa benda? K... kuatnya. Sakit...."

Celik sahaja mata Mayuki, Cree sudah berdiri dihadapannya. Menggigil Mayuki yang berada di situ.

Mayuki : "T... tolong.... Jangan bunuh saya. Hik!"

Cree : "Jangan bunuh awak? Bagaimana dengan semua Alfa yang awak sudah bunuh itu? Adakah adil untuk dia mati begitu?"

Mayuki : "Hik!"

Mata Mayuki mula berkaca. Namun semua itu hanyalah lakonan. Dalam diam ada seekor ular jelmaan Mayuki mematuk belakang bahu Cree.

Tergumam Cree yang terkena serangan hendap daripada Mayuki. Sungguh pengecut Mayuki menggunakan helah-helah begitu untuk melemahkannya.

Mayuki : "Matilah kau!"

Racun itu perlahan meresap ke dalam badan Cree. Boleh lihat bahu dan dada Cree timbulnya urat berwarna biru. Kuat Cree menggenggam bahu kirinya menahan sakit.

Mayuki : "Racun itu sangat kuat. Sekiranya awak tidak mendapat rawatan segera, awak akan mati serta-merta."

Namun reaksi Cree sangat jauh daripada sangkaan Mayuki. Entah kenapa Cree ketawa kecil di situ.

Cree : "Hehehh.... Hahahh.... Aku... tak sangka Kuroki generasi kini begitu lemah."

Membutang anak mata Mayuki mendengar kata-kata Cree.

Cree : "Baguslah aku sudah hapuskan Songji sebab lebih mudah untuk aku musnahkan selebihnya. Hahahahh...."

Pucat wajah Mayuki apabila Cree berkata sedemikian. Jadi siapa yang membunuh Kuroki pertama itu sebenarnya? Adakah ianya Cree ataupun Seven?

Mayuki : "A... awak ke yang b... bunuh Songji? B... bukan yang telinga arnab itu?"

Cree : "Seven? Dia bunuh Songji akan tetapi aku yang musnahkannya."

Seraya Cree memandang tajam ke arah Mayuki seolah-olah itu kali terakhir dia akan memandang Mayuki. Semakin gerun Mayuki mendengar kata-kata Cree. Tidak siapa pun menyangka bahawa Cree mempunyai perwatakan yang begitu menakutkan.

Mayuki : "T... tak mungkin...."

Cree : "Ya. Ianya mungkin. Seven pancung kepalanya Songji selepas aku memusnahkan badannya. Jeritannya.... Hahahahh.... Aku tak boleh lupakannya. Itukan yang kau orang rasa apabila kau orang membunuh Alfa yang tidak bersalah?"

Pucat tidak berdarah wajah Mayuki. Berdepan mata dengan Takuya merupakan satu mimpi ngeri buatnya. Namun berhadapan dengan Cree jauh lebih dahsyat takutnya daripada Takuya.

Mayuki : "Hik! A... awak kata yang... awak hapuskan Songji. Kalau... kalau begitu, kenapa awak tak hapuskan Takuya-sama?"

Secara spontan Mayuki bertanyakan soalan sedemikian kepada Cree.

Cree : "Kenapa aku tak hapuskan Takuya? Sebab si pengecut itu lari entah ke mana. Tak sangka pula dia kembali dengan kawanan pengecut yang sama seperti dirinya. Tsk-!"

Cree kemudiannya kembali menggenggam erat bahunya yang terasa begitu sakit. Secara rawak dia mula memuntahkan darah. Nampaknya racun tersebut telah mula meresap ke dalam tisu badan Cree.

Cree mengalami kesukaran untuk bernafas. Besar kemungkinan bahawa sebahagian daripada tisunya sudah rosak terkena racun berbisa Mayuki.

Mayuki : "Racun itu bagi awak lemah. Akan tetapi ianya amat berbisa. Cukup untuk membunuh seekor gajah dalam masa kurang lima minit."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now