Chapter 3.36

210 30 5
                                    

Mayuki : "Haa?"

Tak sangka baru sahaja Mayuki tiba di Pekan Neon Pride, rezeki sudah hadir bergolek ke arahnya. Dari jauh dia sudah nampak bayang Seven berjalan bersama Tye.

Mayuki : "Ini peluang keemasan. Pahlawan Crescent itu hanya berdua sahaja."

Tidak membuang masa, Mayuki memikirkan rancangan untuk memasang perangkap.

Mayuki : "Kalau betullah dia ada penjaga, sudah semestinya dia akan perasan kalau aku membelahnya. Jadi saya akan menarik perhatiannya. Apabila dia cuba menangkap saya, saya akan bawanya terus ke perangkap."

Tersenyum sendiri Mayuki memikirkan rancangan yang bakal mengubah nasib dirinya. Namun baru dia teringatkan Tye yang berada di sisi Seven pada ketika itu.

Mayuki : "Akan tetapi lelaki yang berada di sebelah pahlawan Crescent itu siapa ya? Saya tidak pernah melihatnya."

Setelah berfikir panjang, Mayuki tetap hendak meneruskan rancangannya itu.

Mayuki : "Tidak mengapalah. Mengharapkan lelaki itu biasa-biasa sahaja orangnya."

Begitu yakin Mayuki pada ketika itu. Namun tidakkah dirinya tahu bahawa terlalu yakin akan membawa malang kepada diri sendiri?

🌸🌸🌸

Kini adengan kejar-mengejar sudah bermula. Tidak memikirkan dark Guardian di sekeliling, Tye dan Seven gigih mengejar Mayuki yang sengaja melanggar mereka sebentar tadi.

Dengan panduan daripada Banshee agak mudah Seven hendak menjejaki Mayuki.

Seven : "Tak guna. Bagaimana dia boleh berlari sebegitu pantas?"

Tye : "Dia berada di mana sekarang?"

Seven : "Banshee khabarkan kepada aku lebih kurang dua puluh kilometer daripada sini."

Tye : "Banshee?"

Seven : "Dia penjaga ghaib aku. Dialah yang bagitahu perempuan itu adalah Kuroki."

Tye : "Begitu ya?"

Tye mula memikirkan rancangan. Ligat kepala berfungsi pada ketika itu.

Tye : "Kau cuba tanya Banshee kau dengan lebih terperinci. Adakah Kuroki itu benar-benar berada di hadapan kita atau kita perlu masuk ke mana-mana simpang? Pakaian dia pula bagaimana?"

Seven agak terkejut dengan persoalan Tye. Tiada idea apa rancangan sebenar Tye. Namun Seven hanya mengiakan segala persoalan Tye.

Seven : "Dia... betul-betul berada di hadapan kita. Cuma jauh. Berpakaian jaket hud berwarna hitam dan setinggi empat kaki."

Tye : "Bagus. Maklumat itu sudah memadai."

Seven : "Apa yang kau nak lakukan?"

Tye : "Memandangkan Kuroki itu sangat laju, jadi hanya aku sahaja yang boleh memintasnya."

Sekali lagi Seven terkaku. Terus lupa bahawa Tye adalah Blue Thunder Guardian.

Seven : "Kau sahaja yang boleh memintasnya?"

Tye : "Aku rasa semua ini adalah perangkap Kuroki. Jadi aku akan masuk ke dalam perangkapnya. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam perangkap, kau uruskan selebihnya."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now