Chapter 3.21

218 28 2
                                    

'Dush!'

Jasad Towa dihempaskan kuat di atas jubin yang begitu sejuk. Dihadapannya kini sedang berbarisnya tiga orang daripada lapan Kuroki, Ryn, Mayuki dan Heinz.

Heinz : "Inikah budaknya, May?"

Seraya Heinz menjegil ke arah Mayuki. Towa yang sudah di ikat ketat dengan rantai besi tidak mampu berbuat apa-apa.

Mayuki : "Ya. Tidak salah lagi. Dialah budak hibrid yang selalu bersama pewaris tunggal Kaisu itu."

Towa : "Grr.... Apa yang kau orang mahukan daripada aku?"

Seraya Ryn menarik kasar telinga Towa sehingga dapat dirasakan seolah-olah telinganya hendak tercabut dari kepalanya.

Ryn : "Kita orang hanya nak minta tolong sahaja...."

Towa : "Ceh! Jangan harap aku akan tolong kau orang semua ini!"

Sejurus Heinz menghentak tubuh Towa ke tanah dengan begitu kasar.

Heinz : "Bawakan pewaris tunggal Kaisu itu kalau kau tak nak terkorban."

Towa hanya mampu membisu. Wajahnya melecet bergesel di atas lantai yang kesat.

Mayuki : "Heinz.... Bukan begitu cara untuk memujuknya."

Lalu senyuman sinis terukir pada bibir Ryn.

Ryn : "Heh, aku tahu."

Lalu Mayuki melemparkan sepotong daging segar yang masih lagi berdarah ke arah Ryn. Darah yang menitis daripada daging itu terus mengena kepala Towa.

Towa : "K... kau orang nak buat apa ini?"

Ryn : "Tak ada apa-apa. Kita orang nak bagi kau makan."

Lantas Ryn melesetkam daging segar tersebut pada hidung dan mulut Towa. Namun Towa enggan membuka mulutnya. Akan tetapi Ryn dan Heinz tidak akan berhenti selagi Towa tidak menelan daging tersebut.

Towa : "Hmph! Lepaskan aku!"

Heinz : "Marilah buka mulut itu. Sedap tahu daging ini...."

Meronta-ronta Towa cuba sedaya-upaya untuk mengelakkan dirinya termakan daging yang tidak dikenalpasti apa.

Towa : "Lepaskan aku! Daging apa yang kau cuba bagi aku makan ini?"

Ryn : "Inilah daging Alfa. Kau patut cubanya. Ianya jauh lebih sedap berbanding daging haiwan lain."

Membutang anak mata Towa mendengarkan penjelasan daripada Ryn. Seandainya daging itu berjaya memasuki rongga mulutnya, kemungkinan dia akan bertukar menjadi Dark Guardian sepertimana lapan Kuroki itu.

Towa : "Tak! Tak! Lepaskan aku...!"

🌸🌸🌸

Luna : "Buka mulut...."

Luna hendak menyuapkan makan untuk Seven yang masih lagi cedera.

Seven : "Kau buat aku seperti budak-budaklah, Luna! Aku boleh makan sendiri."

Luna : "Jangan nak bisinglah. Awak itu cedera. Nak kena dengan saya ke?"

Seven : "Ceh! Macamlah aku takut dengan kau."

Luna : "Tak takut? Fine. Kalau begitu, selepas ini kau tak payah tidur di dalam rumah aku. Tidur di hutan sana."

Berkerut dahi Seven mendengar ugutan daripada Luna.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now