Chapter 3.53

223 23 6
                                    

Sudah beberapa minggu berlalu setelah upacara pengebumian Maya. Kehidupan Ezrel kelihatan sudah mula kembali aman. Tiada lagi apa-apa bentuk serangan Dark Guardian buat masa sekarang.

Ezra : "Rawr...!"

'Krash!'

Sekali tamparan Ezra sudah memadai untuk memusnahkan longgokan batu gergasi dihadapannya.

Ezra : "Hehehehh...."

Sementara Ezra khusyuk bermain, Ezrel menceritakan kisah sebenar yang telah melandanya.

Aroud : "Nampak gayanya The Lord Phantom tidak akan sertai peperangan kita pada kali ini. Akan tetapi dia hantar seseorang untuk mewakilkannya."

Sejurus Aroud memandang ke arah Ezra yang masih lagi khusyuk bermain dengan serpihan batu gergasi.

Cree : "Ianya sudah terlalu lama The Lord Phantom berkhidmat. Eloklah sekiranya dia bersara."

Ezrel : "Tokotsu maklumkan bahawa dia sudah ajarkan segala yang perlu kepada Ezra. Cumanya saya tidak tahu apakah benda yang perlu itu."

Ronex : "Satu sahaja cara hendak tahu."

Seraya Ronex menjelmakan bilah pedang yang agak tebal. Sejurus dia menghunuskan bilah pedangnya ke arah Ezrel.

Ronex : "Mari kita berlawan."

Cree : "Hmm...."

Mereka semua yang lain hanya mampu membisu menyaksikan Ronex yang sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan Ratu Phantom itu.

Ezrel : "O... okey."

Perlahan-lahan Ezrel bangkit daripada duduk.

Ezrel : "Ezra. Ayuh kita berlatih."

Mendengarkan seruan Ezrel, Ezra yang khusyuk bermain kian mendekati abangnya.

Ezra : "Berlatih...?"

Ezrel : "Ya. Ezra.... Bayangkan di hadapan awak ini adalah musuh kita."

Lalu Ezra memandang ke arah Ronex.

Ezra : "Dia... nak cederakan Abang Ez ke?"

Ezrel : "Ya."

Mendengar jawapan daripada Ezrel, darah Ezra mula mendidih.

Ezra : "Tak ada sesiapa yang boleh cederakan Abang Ez!"

Ezrel : "Hmm. Ezra.... Berikan abang sebilah pedang."

Sejurus tercacak keluar sebilah pedang daripada tubuh Ezra. Melihatkan kedua-dua beradik itu, Ronex mula di posisi bersedia. Bila-bila masa sahaja dia akan di serang oleh mereka.

Ezrel : "Ezra. Berhati-hati.... Dia bukanlah calang-calang punya orang."

Ezra : "Ya.... Ezra akan buat apa sahaja untuk Abang Ez!"

Pantas Ezra hendak mengorak langkah ke arah Ronex. Seperti yang telah diperkatakan Ezrel, Ronex bukanlah manusia yang boleh di pandang rendah.

'Zapp!'

Pantas kakinya Ronex mengorak mengelak daripada serangan Ezra. Sedar tak sedar, Ronex sudah berada tinggi di udara.

Ezra : "Rawr...! Ezra tak akan biarkan sesiapa pun sentuh Abang Ez!"

Ezra bertindak untuk mencapai Ronex yang berada tinggi di udara. Pergelutan itu hanya melibatkan Ezra dan Ronex. Sedangkan Ezrel hanya terdiri kaku di tempat dia berdiri daripada tadi. Tidak tahu masa bilakah yang sesuai untuk dia mula bertindak.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now