Chapter 3.18

239 26 0
                                    

Souma : "Smoke's art, Licorice."

Souma cuba untuk menggunakan gerakan istimewa terbarunya. Akan tetapi hanya debu hitam dalam kelompok yang kecil sahaja terhasil.

Souma : "*Koff! *Koff! Aku masih belum bersedia lagi untuk menggunakan helah itu."

Tanpa dirinya sedar, dia tidak bersendirian di belakang rumah Luna itu.

Luna : "Hei?"

Punya Souma terkejut sehingga dia tidak sengaja menepiskan asap pada wajah Luna. Tersedak Luna apabila tertelan asap hitam Souma itu.

Luna : "*Koff! *Koff! Apa masalah awak ini?"

Souma : "M... maaf. Aku tak tahu kau berada di situ."

Perlahan Souma mengelap debu asap yang melekat pada wajah Luna.

Luna : "Awak ini teruklah!"

Souma : "Aku tak sengaja. Sudah kenapa kau tiba-tiba sahaja datang ini?"

Luna : "Saya nak seseorang temankan saya ke pasar. Barang dapur habis kesemuanya."

Souma : "Cree tak ada ke?"

Luna : "Tak ada. Dia sudah keluar awal pagi tadi. Hanya awak sahaja yang terjaga sekarang ini."

Ke kiri ke kanan Souma cuba mencari alasan untuk menolak permintaan Luna. Akan tetapi tiada sebutir idea yang datang. Nak tak nak, dia terpaksa menemani Luna ke pasar.

🌸🌸🌸

Luna : "Pastikan awak tak buka penyamaran itu."

Souma kini dipakaikan mafela sehingga menutup mulut demi untuk menyorokkan identitinya. Suasana yang sesak di pasar sudah semestinya merimaskan buat Souma.

Souma : "Kenapa dalam banyak-banyak orang, aku juga yang jadi mangsa untuk kau bawa ke sini?"

Luna : "Bisinglah. Siapa juga yang akan makan di rumah itu? Awak semua juga kan? Saya tak makan masakan itu semua."

Wanita sentiasa menang. Habis kata-kata Souma di situ. Tidak mampu lagi berdebat kerana setiap apa yang diperkatakannya Luna itu benar belaka.

Daripada membeli sayur, sehinggalah ke bahan kecil-kecil seperti garam dan seumpamanya. Souma tidak lekang di sisi Luna. Dia juga banyak membantu dengan membawa segala barang yang telah dibelinya Luna.

Kini, mereka berdua hendak berjalan pulang. Walaupun seharian mereka bersama akan tetapi tiada sepatah kata pun yang keluar daripada mulut Souma.

Luna : "Hei? Awak ini memang tak banyak bercakap kan?"

Secara rawak, Luna memecahkan keheningan suasana tika itu.

Souma : "Aku tak suka bercakap. Banyak bercakap menyukarkan aku untuk bernafas."

Luna : "Begitu rupanya. Tetapi janganlah senyap sangat. Saya jadi janggal."

Souma : "Kau cakap sahajalah apa-apa. Aku akan balas. Aku cuma tak tahu nak berborak."

Luna : "Hmm.... Tapi kalau asyik saya sahaja yang bercakap, jenuhlah begini."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now