Chapter 3.57

167 21 0
                                    

'Tap.... Tap....'

Semakin lama semakin hampir Takuya berjalan ke arah Jenn. Debaran demi debaran dirasakan Jenn.

Takuya : "Kalau kau nak selesaikan perkara ini, mari kita lakukannya sekarang. Aku tiada masa hendak layankan permainan budak-budak kau ini."

Jenn : "Kau tak akan ke mana-mana selagi mana aku masih di sini. Disebabkan kau, aku dan Nar terpaksa hidup begini."

Takuya : "Dasar makhluk tidak mengenang budi. Bukankah aku sudah memberikan kau orang berdua sinaran hidup baru?"

Jenn : "Lupakan sinaran entah apa-apa kau itu. Kau lahirkan kami dalam keadaan tak ada kepala begini. Kau layan kami seperti hamba abdi tanpa gaji-!"

Tidak sempat untuk Jenn berkata, Takuya sekelip mata berada di hadapannya. Mujurlah dia sempat mengelak serangan yang hendak dilancarkan Takuya.

Takuya : "Itulah apa yang kau sepatutnya lakukan. Aku sudah menyelamatkan kau. Jadi kau kena bela aku sebagai cara untuk membalas budi."

Jenn : "Kau kena tahu. Tak sopan potong orang bercakap!"

Tidak mempedulikan Jenn, Takuya lincah hendak melepaskan serangan ke arah Jenn. Entah daripada mana, Takuya menghunuskan pedang ke arah Jenn. Hanya tindakan yang termampu dilakukan Jenn, dia terpaksa menepis bilah pedang itu dengan telapak tangannya. Ianya lebih baik daripada pedang tersebut terus menembusi jasadnya.

'Drip....'

Darah telapak tangan Jenn menitik terus ke sisik Hydra yang menjadi tapak mereka berpijak.

Takuya : "Kau tak akan mampu menewaskan aku. Hahahahh.... Kau lemah."

Jenn : "Mungkin bukan takdir aku untuk menewaskan kau. Akan tetapi ianya takdir orang lain yang akan menewaskan kau, Takuya."

Takuya : "Heh, kau nak kata si budak kerabat Kaisu itu ke?"

Jenn : "Kau jangan pandang rendah kepadanya, Takuya. Kau masih belum kenal kuasanya lagi."

Takuya : "Siapa pun yang berani menghalang laluan aku, aku tak akan teragak-agak untuk membunuhnya."

Jenn : "Jikalau begitu, aku cabar kau. Bawa Hydra ini ke bandar."

Takuya berasa panas apabila Jenn mencabarnya sedemikian. Sudah kata egonya tinggi, apa sahaja yang dicabarnya sudah pasti tidak akan disia-siakan.

Takuya : "Kau jangan sampai kerana mulut kau, satu dunia merana."

Jenn : "Tuan takutkah itu?"

Takuya : "Tak!"

Sekilas Takuya memandang ke arah Hydranya. Hanya dengan isyarat mata, Hydra tersebut menurutkan isyarat hati Takuya. Selangkah demi selangkah, Hydra itu mula mengatur langkah ke bandar.

Takuya : "Muahahahhh...! Nantikanlah kemaraan aku! Kau jangan menyesal, Jenn-!"

'Dush!'

Secara rawak, mereka merasakan gegaran yang agal kuat di atas badan Hydra itu. Seolah-olah adanya sebuah batu besar yang menghalang laluan mereka.

Takuya : "Apa?"

Betapa terkejutnya Takuya apabila melihat adanya seekor naga berwarna putih dan merah jambu sedang menghalang pergerakan Hydranya. Empunya siapakah naga yang lebih kurang besar Hydra itu?

 Empunya siapakah naga yang lebih kurang besar Hydra itu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now