[Chapter 3.02] Ancaman Dark Guardian

430 42 3
                                    

Ezrel : "Nngh...."

Ezrel terjaga daripada tidurnya. Dia kini berada di atas katilnya.

Ezrel : "Apa yang telah berlaku?"

'Pak!'

Towa membuka pintu biliknya sambil mengusung sarapan.

Towa : "Selamat pagi. Aku buatkan sarapan."

Ezrel : "Towa.... Apa yang berlaku semalam?"

Towa : "Sebelum apa-apa, kau makan dulu ya? Nanti sarapan ini sejuk, tak sedap pula untuk di makan."

Ezrel hanya mampu membisu di atas katilnya. Towa mara terus dihadapannya. Hidangan sandwich disediakan di atas ribanya.

Ezrel : "Terima kasih. Kau sudah makan ke?"

Towa : "Aku ingatkan nak makan sekali dengan kau. Tetapi kau bangun lewat pula. Aku sudah lapar dari tadi. Jadi aku sudah makan dulu. Hehehh...."

Ezrel : "Ouh.... Tidak mengapalah jikalau begitu. Aku makan dahulu ya?"

Towa : "Silakan."

Dengan sopan Ezrel memakan sarapan pagi yang cantik terhias di atas pinggan. Sungguh Ezrel dikenali sebagai seorang lelaki yang sopan dan lemah lembut perwatakannya.

Towa : "Sambil-sambil kau makan itu, aku nak tanya kau beberapa soalan. Kau tak kisah kan?"

Ezrel : "Hmm.... Apa dia?"

Towa : "Mengenai malam semalam. Kau ini apa sebenarnya?"

Terkebil-kebil Ezrel mendengar persoalan Towa. Bahkan dirinya sendiri tidak tahu apa yang sudah melanda diri.

Ezrel : "Apa maksud kau?"

Towa : "Kau manusia biasa kan? Ke kau ini guardian? Aku keliru."

Ezrel membisu seketika sebelum dia menjawab persoalan Towa.

Ezrel : "Aku sememangnya manusia biasa. Bergantung kepada pedang itu sahaja."

Towa : "Pedang azimat?"

Ezrel : "Ianya pedang warisan keluarga. Ayah aku serahkannya kepada aku ketika aku berusia 16 tahun. Hanya warisan keluarga aku sahaja yang boleh menggunakan pedang itu."

Towa : "Faham. Ibarat saka. Ahahahh...."

Ezrel : "Mengarut sahajalah. Auch!"

Ezrel tiba-tiba menjerit kesakitan.

Towa : "Hei, Ez! Kau okey tak?"

Lantas Ezrel memandang ke arah jari jemari kirinya. Terdapat kesan luka pada jari-jarinya.

Towa : "Eh, jari kau? Aku tak perasan pula yang kau cedera. Sini aku rawatkan."

Ezrel hanya mampu membisu di atas katilnya. Tindakan Ezrel telah mendatangkan tanda tanya kepada Towa.

Towa : "Kenapa ini?"

Ezrel : "Aku pun tak faham. Tetapi setiap kali aku buka pedang itu, badan aku ini bukan lagi badan aku."

Towa : "Maksudnya?"

Ezrel : "Pedang itu ada penjaga. Setiap kali aku bukanya, penjaga itu akan ambil alih diri aku."

Towa hanya memandang tajam ke arah Ezrel. Sungguh khusyuk Towa mendengar penjelasan Ezrel.

Ezrel : "It's hard to explain. Ayah aku sendiri tidak pernah menggunakan pedang ini. Ahli pedang kita orang sudah lama tamat warisannya."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now