Chapter 3.38

214 26 0
                                    

"Nak tahu apa beza war's art dengan war's soul?"

"Apa bezanya itu?"

"War's art digunakan oleh Guardian asli sejak lahir. Akan tetapi war's soul digunakan oleh Alfa yang sudah di ubah menjadi Guardian."

🌸🌸🌸

'Tok! Tok! Tok!'

"Isaac.... Sudah tiba masa untuk awak bangun dan berlatih."

Uzui yang sedang menggulung diri di dalam sebuah bilik kaca perlahan-lahan tersedar. Hidup sebagai bahan ujikaji hidup bukanlah mudah buat Uzui. Terutama sekali apabila ayah kandungnya sendiri yang memperlakukan sedemikian.

Kehidupan Uzui di layan ibarat haiwan pameran di zoo. Kasih sayang ibu bapanya tidak pernah dirasainya. Dirinya yang sejak lahir merupakan seorang Alfa kini sudah diubahsuai genetiknya menjadi Guardian berperisai.

Namun begitu, tidak semua rancangan berjalan dengan lancar. Uzui seringkali dilabelkan sebagai bahan ujikaji yang gagal dek kerana kegagalannya untuk menggunakan kuasanya seperti Guardian lain.

Seringkali Uzui dibiarkan cedera parah selepas latihan keras. Itulah keperitan yang hakiki buat Uzui.

Sehinggalah pada suatu hari, kelibat Ronex kelihatan di hadapan biliknya. Bersinar mata Uzui melihat Ronex pada ketika itu sedang memerhatikannya di sebalik dinding kaca.

Ronex : "Kau ke adik aku yang ayah katakan itu?"

Namun begitu, Uzui hanya mampu membisu dengan pertanyaan Ronex. Sungguhpun mereka adalah adik beradik kandung, akan tetapi layanan yang diberikan cukup jauh berbeza.

Ronex mendapat layanan yang sangat baik oleh ayahnya kerana dia mahir menggunakan kuasanya. Berbeza pula dengan Uzui yang tidak ubah seperti seekor haiwan belaan.

🌸🌸🌸

Setelah pertemuan Ronex dan Uzui buat pertama kali, Ronex semakin kerap bertemu dengan Uzui.

Ronex : "Kau ini... adik aku ke?"

Seraya Ronex mengetuk-ngetuk lembut dinding kaca Uzui. Secara tiba-tiba, ayah mereka, Encik Wright menegur Ronex.

En. Wright : "Ronex, jangan terlalu rapat dengan sentimen itu."

Ronex : "Sentimen? Dia adik saya kan?"

Seraya Encik Wright terdiam mendengar persoalan Ronex. Sungguh Ronex baru berusia enam tahun, namun dia mempunyai pemikiran yang begitu matang.

Ronex : "Adik beradik tidak ke sepatutnya hidup bersama?"

Terkial-kial Encik Wright hendak menjawab persoalan Ronex. Namun sekiranya didiamkan, Ronex barangkali akan memberontak.

En. Wright : "Dia akan tinggal bersama-sama kita sekiranya dia boleh menggunakan kuasanya sepertimana kamu."

Ronex : "Oh. Kalau begitu, berusahalah!"

Membutang anak mata Uzui melihat Ronex yang pada ketika itu berpihak kepada dirinya. Tanpa sedar Ronex menjadi sumber kekuatan buat Uzui untuk menjadi lebih kuat. Hari menghitung hari, Uzui semakin mahir menggunakan kuasanya.

🌸🌸🌸

Sudah hampir tujuh tahun Uzui terperuk di dalam bilik kaca berlatih. Kini, dia sudah memperoleh kepercayaan ayahnya untuk dibebaskan keluar. Pada ketika itu, hatinya berkobar-kobar untuk bertemu dengan abang kandungnya, Ronex.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now