[Chapter 3.07] Heinz

316 33 5
                                    

Kini hanya tinggal dua puluh orang peserta yang masih lagi berbaki. Kesemua dua puluh orang peserta yang tinggal diarahkan untuk kembali berkumpul di stadium perlawanan.

"Tahniah kepada peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat kedua. Kini sudah tiba masanya untuk acara kedua."

Sekali lagi skrin yang berputar seperti jackpot ditayangkan kepada seluruh pengunjung stadium. Kali ini, skrin jackpot terhenti pada sekeping gambar raksasa gergasi yang sangat menggerunkan.

"Kamano Challenge! Peserta dikehendaki untuk bertahan daripada di serang oleh raksasa Kamano. Sepuluh orang peserta bakal disingkirkan dalam acara ini."

Ezrel : "Apa benda pula raksasa Kamano itu?"

Towa : "Aku pun tak tahu menahu tentang raksasa itu."

Souma : "Ianya seekor raksasa lagenda. Berkaki tiga dan sangat sukar untuk ditewaskan."

Terkejut besar Ezrel mendengar penjelasan Souma.

Ezrel : "Kita kena lawan makhluk itu ke?"

Souma : "Tak. Arahan hanya memerlukan kita untuk bertahan. Jadi kita akan bertahan sehingga sepuluh orang peserta lain disingkirkan."

Towa : "Okey. Aku sudah bersedia untuk melihat sendiri raksasa itu."

Souma : "Kau kena berhati-hati dengan apa yang kau hajati."

'Ting.... Ting.... Ting....'

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng misteri bergema di langit. Sunyi seketika seluruh penduduk bumi tika itu.

Alangkah terkejutnya kesemua para peserta menyaksikan susuk tubuh makhluk berupakan naga hitam terapung-apung di atas mereka.

Alangkah terkejutnya kesemua para peserta menyaksikan susuk tubuh makhluk berupakan naga hitam terapung-apung di atas mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Perlawanan bermula sekarang!"

Sebaik sahaja pengacara majlis merasmikan perlawanan itu, raksasa yang bergelar sebagai Kamano itu mengaum dengan kuatnya di udara.

🌸🌸🌸

Heinz : "Ehehehh.... Masanya bakal tiba. Tak sabarnya."

Heinz kini sedang duduk memerhatikan kesemua peserta di atas salah sebuah tiang stadium yang sangat tinggi. Bila-bila masa sahaja dia akan melancarkan serangannya.

🌸🌸🌸

"Roar...!"

Mereka semua ibarat di serang oleh malaikat maut. Masing-masing berlari menyelamatkan nyawa untuk terus bertahan.

Suatu ketika, raksasa Kamano hendak menyerang Ezrel. Mujurlah Towa sempat menghambat Ezrel berlalu pergi daripada raksasa Kamano.

Towa : "Jangan risau, Ez. Aku akan pertahankan kau. Lagipun kau cedera."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now