[Chapter 3.06] Pusingan Pertama Sento Tournament

310 35 2
                                    

Kini sudah tiba masanya untuk Ezrel menduduki perlawanan Sento.

Sarjan Jed : "Nah. Gunakan pedang ini dahulu. Elakkan daripada berlawan. Aku lebih sarankan untuk kau lari dan selamatkan diri daripada guardian lain."

Lalu Sarjan Jed menghulurkan sebilah pedang samurai ke arah Ezrel.

Ezrel : "Okey. Terima kasih banyak, sarjan."

Sarjan Jed : "Ingat. Jangan paksa diri kau sangat. Jikalau kau tak mampu berlawan dengan guardian itu, kau lari daripadanya."

Anggukan perlahan sahaja yang di balas oleh Ezrel.

Sarjan Jed : "Kita orang yang guardian rank atas tidak boleh terlibat dalam perlawanan Sento ini. Jikalau kau cedera dikerjakan teruk, aku tak dapat nak membantu. Jadi kau kena belajar untuk mempertahankan diri."

Ezrel : "Jangan risau. Saya akan belajar untuk berdikari."

Sarjan Jed : "Hahahh.... Bagus. Semoga berjaya."

Tidak lama kemudian, kesemua peserta perlawanan Sento diarahkan untuk berkumpul di dewan perlawanan. Ezrel dan Souma kini duduk bersebelahan.

Souma : "Pastikan kau rapat dengan aku ya, Ez?"

Ezrel : "Hmm."

"Baiklah. Selamat datang kepada semua peserta yang berada di sini. Dengan julung kalinya Sento Tournament tahunan kita akan dimulakan tidak lama lagi."

Betapa terujanya pengacara majlis yang mengetuai pertandingan Sento kali ini. Ucapan daripada ketua canselor akademi sekitar lima ke enam minit sebelum pengacara majlis mengumumkan acara yang bakal berlangsung.

"Baiklah, para peserta! Acara pertama kita ialah...."

Seraya adanya skrin hologram gergasi muncul di tengah-tengah stadium yang cukup besar itu. Skrin itu berputar ibarat jackpot di pusat casino. Akhirnya, skrin itu terhenti pada sekeping gambar bebola daun yang begitu besar. Itulah dia cabaran yang bakal mereka berhadapan nanti.

"Maze runner! Cari jalan keluar daripada bebola pagar sesat. Dua puluh peserta terakhir yang berjaya keluar daripada bebola sesat akan disingkirkan."

Terpinga-pinga Ezrel cuba untuk memahamkan situasi perlawanan pertama itu. Melihatkan reaksi Ezrel yang begitu tidak senang duduk, Souma berusaha untuk memberikan Ezrel semangat.

Souma : "Senang. Kau kena keluar daripada bebola sesat itu."

Ezrel : "Aku faham yang kena keluar itu. Cumanya bebola sesat itu apa?"

Sebaik sahaja Ezrel bertanyakan soalan sedemikian, tanah tempat mereka berpijak serta-merta bergoncang.

Ezrel : "Eh, apa yang sedang berlaku?"

Lantas menjelmanya reranting pokok yang begitu besar menjalar dari bawah tapak kaki mereka.

"Pertandingan bermula sekarang!"

Maka semakin ganas dahan pokok yang menjalar itu. Secara tidak langsung, ranting itu telah memisahkan Ezrel dan Souma.

Souma : "Ezrel!"

Kali ini di sekeliling Ezrel sudah bertukar seperti hutan hujan belukar yang begitu tebal. Sedikit mati kutu Ezrel yang pertama kali perlu berhadapan dengan situasi sedemikian.

Ezrel : "Apa yang aku perlu buat sekarang ini?"

Mahu tak mahu, Ezrel perlu bergerak sendirian tanpa Souma. Pada awalnya, Ezrel bertindak untuk menebang pokok-pokok tebal itu dengan menggunakan pedang yang berada di dalam tangannya. Namun ianya sangat mustahil baginya.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now