Chapter 3.30

216 21 0
                                    

Heinz : "Hei, bangun...."

Tiada simpati Heinz menolak-nolak jasad Towa yang sedang baring di atas katil sendirian. Sudah pasti ianya bukan hari yang baik buat Towa.

Sudah berkali-kali Heinz cuba untuk mengejutkan Towa. Namun Towa masih enggan bangun. Situasi itu membuatkan Heinz naik angin. Pantas dia menghambat telinga anjing Towa lalu mengheretnya sehingga jatuh daripada katil.

'Bam!'

Badan Towa terhempas kuat menghentam lantai simen yang keras lalu mengejutkannya daripada tidur. Jasadnya yang masih belum pulih sepenuhnya memberi impak yang sangat kuat setelah dia terjelepuk di atas lantai.

Towa : "Auch...."

Heinz : "Haa, bangun pun. Aku ingatkan kau sudah mati."

Terkebil-kebil Towa memandang ke arah Heinz yang kelihatan sungguh menyampah melihatnnya itu.

Towa : "H... Heinz.... Di mana Jenn?"

Sebaik sahaja Towa menyeru namanya, Heinz bertindak menyepaknya dengan kasar di atas lantai.

Heinz : "Kau siapa mahu panggil nama aku haa? Kau sedar baik-baik. Kau itu hanyalah hamba kita orang. Orang tawanan kita orang!"

Towa : "Di... di mana... Jenn...?"

Towa yang tidak bermaya di atas lantai tiada upaya untuk mempertahankan diri. Sebaliknya hanya nama Jenn sahaja yang mampu diungkapkannya. Panas jiwa Heinz apabila Towa tidak henti-henti menyeru nama Jenn. Lantas dia menarik rambut Towa sehingga atas badannya terangkat sedikit.

Heinz : "Kau ini...! Jenn sudah semestinya terlalu manjakan kau sangat. Gelinya aku...."

Towa : "A... apa yang kau nak sebenarnya?"

Persoalan Towa kali ini telah membuatkan Heinz tersenyum sinis.

Heinz : "Hehehh.... Aku nak bagi kau pengajaran."

Towa : "P... pengajaran? Pengajaran apa?"

Heinz : "Hei. Kau jangan nak jadi bodoh sangat ya? Aku cukup tidak berpuas hati. Kenapa kau boleh balik ke sini hidup-hidup? Kau sepatutnya yang mati kalau kau nak tahu. Bukannya Ryn dan Totoros!"

Towa : "I... itu sebab aku tidak sempat untuk bertemu dengan pahlawan Crescent yang kau orang maksudkan itu. Ezrel kerjakan aku dengan teruk dengan sendirinya."

Dengan marah Heinz menghantukkan kepala Towa di atas lantai. Sudahlah badannya meradang kesakitan, kepalanya pula terasa biul dikerjakan oleh Heinz.

Heinz : "Lembap! Kalau kau sendiri bertempur dengan kerabat Kaisu itu, kau sudah bawanya ke sini! Tak boleh diharapkan langsung."

Entah kenapa terukirnya senyuman sinis pada bibir Towa sebaik sahaja dia mendengarkan apa yang telah diperkatakan oleh Heinz.

Towa : "Heh.... Kau sendiri pun hampir terbunuh ketika berhadapa dengan Ezrel suatu ketika dahulu. Sekurang-kurangnya aku berjaya melepaskan diri sendirian. Kau pula? Mujur sahaja Ryn sempat menyelamatkan kau. Kalau tak, sudah siap batu nisan kau di tempah-!"

Tidak sempat untuk Towa berkata dengan lebih lanjut, Heinz melepaskan tendangan padu kepadanya sehingga Towa tertolak ke belakang. Bilik yang sebegitu kecil itu pada bila-bila masa sahaja akan musnah.

Maka satu bangunan itu berlakunya gegaran yang begitu kuat sehingga menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada didalamnya.

🌸🌸🌸

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now