Chapter 3.22

230 29 0
                                    

Ezrel : "Towa.... Kau di mana?"

Ezrel berjalan di sebuah tanah lapang yang kelihatan tidak berpenghujung. Dalam perjalanannya menjejak Towa, dia kemudiannya terdengar suara tangisan seorang perempuan tidak jauh daripada situ.

Ezrel : "Siapa itu?"

Dari kiri ke kanan Ezrel berpaling cuba untuk mencari kelibat wanita yang menghasilkan suara tangisan tersebut. Namun usahanya gagal untuk mencari jejak suara terbabit.

Tokotsu : "Kau di sini?"

Entah daripada mana, Tokotsu menyapa Ezrel di situ. Sekilas Ezrel memandang ke arah Tokotsu.

Ezrel : "Tokotsu.... Helah apa yang kau ajarkan kepada aku sebelum ini?"

Tokotsu : "Hyoketsu. Itu adalah serangan tertinggi bagi pedang ais. Belahan pedang yang cukup kuat untuk membelah tulang."

Ezrel : "Hebat.... Akan tetapi kenapa baru sekarang kau nak ajarkan aku tentang helah itu?"

Tokotsu : "Jawapannya mudah. Sebab kau masih belum bersedia sebelum ini. Aku suruh Tuan Guru Denki-sama carikan guru yang sesuai supaya kau dapat kawal roh liar dalam pedang Kaisu ini."

Ezrel : "Roh liar.... Nanti dulu, Tokotsu! Betulkah roh yang ada di dalam pedang ini merupakah darah daging kepada empunya pedang?"

Tokotsu : "Tidak tentu. Cumanya kebanyakan begitu."

Ezrel kian membisu. Susah untuk dia menelan hakikat itu. Terasa begitu pahit sehingga mampu meloyakan tekak.

Ezrel : "B... boleh aku tahu. Siapakah manusia yang dikorbankan untuk menempa pedang ini?"

Tokotsu hanya memandang kosong ke arah Ezrel.

Tokotsu : "Kau tidak perlu tahunya, Azarael."

Ezrel : "Kenapa? Sebab ianya keluarga aku? Aku sudah tidak tahan mendengarkan suara-suara yang berkeliaran di dalam kepala aku ini. Tolonglah...."

Tokotsu : "Aku boleh bagitahu. Cumanya, pastikan kau kekal kuat setelah mendengarnya."

Perlahan-lahan Ezrel menganggukkan kepalanya. Tidak tertahan lagi memikirkan siapakah suara perempuan yang asyik bermain di dalam kepalanya itu.

Tokotsu : "Ianya adik kembar kau. Ezra Kaisu. Dia secara haram di tarik lalu dijadikan korban untuk menempa pedang itu."

Membutang anak mata Ezrel apabila dirinya mendapat tahu kenyataan sebenarnya. Benarlah selama ini manusia yang menjadi korban merupakan keluarga terdekatnya.

Ezrel : "T... tak mungkin."

Tokotsu : "Mak kau seru aku agak lewat. Jadi aku sudah terlambat untuk menyelamatkan Ezra."

Air mata mula mengalir dengan derasnya menerusi pipi Ezrel. Sungguh sebak hatinya mendengar kisah hidupnya yang tidak seindah yang disangkakan.

Ezrel : "Ez... ra...."

'Dush!'

Kasar Tokotsu menyepak pipi Ezrel yang agak terbawa-bawa dengan emosinya.

Tokotsu : "Aku cakap apa? Kau kena kekal kuat kan?"

Ezrel : "Sakit...."

Tokotsu : "Orang yang sudah mati, tiada gunanya kau jadi lemah. Menangis berair matakan darah sekalipun tidak dapat menghidupkannya kembali. Kau faham tak?"

Ezrel : "A... aku tahu. Cumanya aku tidak boleh berhenti memikirkan perihal itu. Ianya sungguh tidak adil."

Lalu Ezrel teresak-esak di atas tanah melepaskan rasa sebak di dada. Melihatkan Ezrel yang agak lemah emosinya, Tokotsu secara rawak memeluk tubuh Ezrel.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now