Chapter 3.27

224 30 0
                                    

Towa : "Tsk! Sakit...."

Jenn : "Bersabar ya? Aku akan gunakan kuasa aku untuk sembuhkan kau. Light demon's art, hands of hope."

Lalu tapak tangan Jenn bersinar dengan cahaya yang begitu terang. Perlahan-lahan kesakitan yang dialami Towa berkurang. Hairan dirinya rasakan badan yang pada asalnya terasa begitu sakit menjadi lega begitu sahaja.

Towa : "D... dah tak sakit.

Jenn : "Baguslah kalau begitu. Sekarang ini, ikut aku. Takuya-sama mahu bertemu dengan kau."

Sebaik sahaja Towa mendengarkan arahan daripada Jenn, jasadnya kian menggigil ketakutan. Walaupun dia baru lagi dalam kelompok Kuroki, namun dia sudah cukup kenal dengan perangai Takuya yang begitu kaki angin.

Jenn : "Jangan risau. Aku akan back up kau. Dia tak akan apa-apakan kau. Aku janji."

Membutang anak mata Towa dengan pujukan lembut daripada Jenn. Kepalanya bercelaru mahu mempercayai Jenn ataupun tidak.

Jenn : "Mari."

Tidak banyak pilihan, Towa terpaksa akur akan arahan Jenn. Namun untuk apakah tujuan Takuya mahu bertemu dengan dirinya?

'Tap.... Tap.... Tap....'

Bunyi tapak kaki Jenn dan Towa bergema sebaik sahaja mereka menghadap Takuya. Jelas kelihatan wajah tidak senang pada muka keji Takuya. Berpeluh Towa yang berada di situ.

Jenn : "Kami sedia menghadap, Takuya-sama."

Takuya : "Ya. Sekarang ini, aku nak tahu. Apa sebenarnya yang sedang berlaku?"

Jenn : "Ianya-!"

Belum sempat untuk Jenn menjawab persoalan Takuya, dia sudah membidas.

Takuya : "Bukan kau, Jenn. Towa!"

Pucat wajah Towa terpaksa menjawab persoalan Takuya. Terkelu lidahnya pada ketika itu. Namun begitu, Jenn tidak berniat untuk kekal diam di situ.

Jenn : "Dia trauma, Takuya-sama. Biar saya yang jawabkan persoalan itu."

Sekilas Takuya menjelingkan bola matanya ke arah Jenn.

Takuya : "Baik. Kalau begitu, ceritakan kepada aku."

Jenn : "Rancangan kita sudah digagalkan."

Takuya : "Aku sudah tahu! Jangan bagitahu aku perkara yang aku sudah tahu!"

Jenn : "Rancangan kita sudah digagalkan dengan bantuan seorang lelaki."

Tenang Jenn menjawab persoalan Takuya. Apakah tiada rasa gentar di dalam dadanya?

Takuya : "Siapakah itu?"

Jenn : "Saya tidak pasti. Yang pasti dia bertanggungjawab membunuh Totoros dan Ryn."

Mayuki : "Ya, Takuya-sama. Dia jugalah yang bertanggungjawab membunuh Songji."

Membutang anak mata Takuya apabila Mayuki menyampuk perbualan mereka.

Takuya : "S... siapa dia? Bagitahu aku namanya."

Mayuki : "Dia adalah satu daripada pahlawan Crescent yang masih lagi tinggal."

Semakin pucat tidak berdarah wajah Takuya sebaik sahaja dia mendengar penjelasan daripada Mayuki.

Takuya : "M... mustahil. Mustahil masih ada pahlawan Crescent itu. Buktikannya!"

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now