Chapter 3.51

189 31 2
                                    

"Betullah itu...."

Terkejut kesemua mereka mendengar suara yang tiba-tiba sahaja menyampuk. Sekilas mereka berpaling ke belakang.

Terdapat seekor makhluk hutan yang begitu menakutkan. Namun mereka semua perlu sedar, semangat hutan bukanlah makhluk yang jahat.

Maya : "Semangat hutan...."

Dengan rendah diri Maya berjalan menghadapnya.

Maya : "Maafkan kami atas kekacauan ini. Kami hanya mahu menumpang seketika di sini. Dunia dalam bahaya dan kami ada misi yang mustahak sekarang."

Sekilas makhluk tersebut menunding jari ke arah unggun api yang telah mereka hasilkan. Jelas sekali wajah benci dia terhadap unggun api tersebut.

Maya : "Baiklah."

Dengan menggunakan elemennya, Maya memadamkan unggun api itu. Sebaik sahaja unggun api terpadam, semangat hutan itu kian berlembut.

"Jadi kamu semua bukanlah orang jahat. Maaf kami salah anggap. Kebelakangan ini adanya makhluk yang menggunakan elemen api membuat kerosakan di hutan ini."

Membutang anak mata Maya mendengarkan khabar berita yang disampaikan oleh semangat hutan itu sendiri. Tak lain dan tak bukan, sudah semestinya itu Bims.

Namun Rolland dan Souma tidak mampu berkata apa-apa kerana risau mulut mereka terlepas berkata sesuatu yang tidak sepatutnya. Maka interaksi itu hanya melibatkan Maya dan semangat hutan itu sahaja.

Maya : "Sebenarnya, itulah makhluk yang kami perlu cari."

"Begitu...."

Maya : "Tetapi kami perlukan lagi dua orang sahabat kami untuk meneruskan misi ini."

"Ya, ya.... Ini mesti budak-budak itu punya kerja. Biar saya pergi mencarinya dahulu ya-"

Baru sahaja semangat kuno itu berpaling, kelihatan tubuh makhluk itu di sambar api yang begitu besar secara tiba-tiba. Terkejut besar mereka menyaksikan makhluk yang sebegitu besar terbakar dengan begitu pantas begitu sahaja.

Lebih menakutkan apabila mereka sendiri tahu siapa yang memperlakukan sedemikian.

Bims : "Hahahahh...! Jumpa pun kau, makhluk hodoh."

Gembira Bims melihat semangat hutan itu di jilat api.

Maya : "Tak guna.... Tsunami!"

Sejurus gelodakan air yang begitu besar menyambar semangat hutan itu. Sejurus memadamkan api yang sedang marak itu. Namun begitu, api yang begitu besar itu telah memamah sebahagian besar daripada jasad semangat hutan itu.

Sekilas Bims memandang ke arah Maya yang telah merosakkan rancangannya.

Bims : "Well.... Kita berjumpa lagi."

Maya : "Lupakan untuk berbual. Ayuh kita selesaikan ini!"

🌸🌸🌸

Sementara mereka bertempur dengan Bims, Towa pula berjaya menerokai kuasa baru.

Towa : "Animal's art, seven senses!"

Suatu kejadian ajaib melanda, pandang dan deria Towa bertukar menjadi dua kali lebih tajam. Bahkan pandangan juga boleh melihat degupan jantung makhluk yang berada hampir berpuluh batu daripadanya.

Towa : "Wau.... Hebatnya. Inikah yang dikatakan kuasa yang dimiliki Animal Guardian itu sendiri? Aku tak menjangka yang ianya boleh jadi sehebat ini."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now