Chapter 3.54

165 23 0
                                    

Mengimbau kembali beberapa dekad lepas.

"Skull!"

Sebelum nama Tokotsu digunakan, Skull merupakan nama sebenarnya buat sang Lord Phantom. Langkahnya di atur ke arah seorang lelaki yang turut sama berada di kem tentera.

Skull : "Ethan. Awalnya kau sampai."

Ethan, si Guardian kristal merupakan seorang daripada orang penting di pusat pertahanan Guardian. Mereka berdua teman rapat sejak tertubuhnya pertubuhan terbabit.

Ethan : "Aku datang sekali dengan Hiro memandang kau kata yang kau ada urusan sedikit."

Skull : "Ya. Aku kena hantar Susamaru ke sekolah."

Ethan ; "Hahahh.... Kau sekarang ini seorang ayah yang sibuk kan?"

Skull : "Bukan apa. Budak itu tak nak aku berjauhan dengannya. Disebabkan itu dia nak aku yang hantar dia ke sekolah."

Ethan : "Comel sahaja perangai budak itu. Bagaimana dengan anak bongsu kau itu pula?"

Skull : "Meloco itu masih terlalu kecil. Jadi Meena yang akan uruskan dia. Jujur aku kata, tanpa Meena. Aku tak tahu bagaimana keadaan anak-anak aku sekarang ini."

Tidak dinafikan Skull memiliki kehidupan yang diidamkan. Namun begitu, satu berita buruk sekelip mata merobohkan mahligai kisah indahnya.

"Skull, ada panggilan telefon untuk anda."

Ketua program ketenteraan mengumumkan sedemikian kepada umum. Hairan kerana kebiasaannya, mereka yang betul-betul kecemasan sahaja yang akan menerima panggilan telefon.

Hati Skull mulai rasa tidak sedap. Perlahan kakinya berjalan ke arah telefon awam yang masih di pegang oleh salah seorang juru perhubungan di situ.

Skull : "Hello?"

Deena : "Skull.... Meena...."

Sebaik sahaja mendengar suara perlahan daripada kakaknya Meena, Deena, dapat dirasakan bahawa Deena hendak menyampaikan berita buruk.

Skull : "Meena? Apa yang telah berlaku kepadanya?"

Deena : "Dia sedang nazak."

Melutut duduk Skull pada ketika itu sebaik sahaja dia mendapat berita sedih itu. Luruh hatinya bagai hendak hilang nyawa mengenangkan apa yang melanda isterinya.

Skull : "Meena...."

🌸🌸🌸

Oleh yang demikian, Skull membuat keputusan untuk pulang ke rumah dalam kadar segera. Meena kini ditempatkan di wad kecemasan.

Skull : "Kak, bagaimana keadaan Meena?"

Pantas Skull menerpa ke arah Deena yang sedang mendukung anak bongsunya. Jelas wajah gusar pada Deena melambangkan tiadanya sebarang berita gembira.

Deena : "Skull...."

Skull : "B... bagaimana semua benda ini boleh terjadi?"

Deena : "Meena tiba-tiba rebah. Tahu-tahu dia sesak nafas. Sekarang ini, doktor bagitahu. Dia ada barah tahap empat."

Sukar untuk Skull mempercayai apa yang telah berlaku. Selama ini, Meena menyimpan barah di hati.

Berkaca mata Skull mendapat tahu betapa sedihnya berita itu. Sejurus dia memandang ke arah anak sulungnya, Susamaru yang sedang menangis pada kaki Deena.

Tidak tergamak Skull melihat anak-anaknya terus bersedih. Pantas dia menarik lalu memeluk tubuh kecil Susamaru.

Skull : "Jangan menangis, sayang. Ayah ada ini."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now