Chapter 3.09

307 37 3
                                    

Ezrel : "Tak mungkin...."

Masih sukar untuk Ezrel mempercayai bahawa Kawakabe mempunyai nama keluarga yang serupa dengan dirinya.

Kawakabe : "Kita mungkin ada pertalian. Cumanya pertalian yang jauh. Barangkali tiga ke empat pupu begitu. Sebab saya tak pernah dengar pula nama Azarael dalam keluarga."

Ezrel : "Jikalau begitu, awak mesti tahu tentang pedang pusaka Kaisu itu kan?"

Kawakabe : "Sudah tentu."

Bersinar-sinar mata Ezrel kerana akhirnya ada juga manusia yang tahu apa yang berlaku kepada dirinya selama ini.

Kawakabe : "Malahan saya yang akan melatih awak mulai sekarang."

Semakin teruja Ezrel yang berada di situ.

Kawakabe : "Cumanya, sekarang belum tiba masanya lagi."

Membutang anak mata Ezrel sebaik sahaja dia mendengar kata-kata Kawakabe.

Ezrel : "K... kenapa?"

Kawakabe : "Sekarang ini, masa untuk awak berehat. Stamina awak perlu dipenuhkan. Jikalau tidak, awak yang akan teruk nanti."

Ezrel : "B... baik. Terima kasih banyak."

Kawakabe : "Tiada masalah."

🌸🌸🌸

Bunyi angin bertiupan sepoi-sepoi bahasa beriringan dengan suara burung berkicauan. Mata Ezrel perlahan terbuka sebaik sahaja dirinya menyedari bahawa dia bukan lagi di dalam bilik rehat yang telah Kawakabe bawa.

Ezrel : "Eh?"

Kini wajah Ezrel sedang menghadap langit yang begitu cerah.

"Aku nampak kau bekerja keras akhir-akhir ini."

Pantas Ezrel bangun dari baringnya setelah suara seorang lelaki menerpanya. Tepat mata Ezrel menatap wajah Tokotsu yang masih lagi bertopeng serigala itu.

 Tepat mata Ezrel menatap wajah Tokotsu yang masih lagi bertopeng serigala itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ezrel : "Kau ini siapa?"

Sekilas Tokotsu memandang ke arah Ezrel.

Tokotsu : "Hanya semangat kuno."

Ezrel : "Apa?"

Tokotsu : "Spirit putih yang selalu kau nampak itu."

Ezrel : "Sekejap? Maksud kau, cahaya-cahaya putih yang aku kerap nampak itu ke?"

Tokotsu : "Hmm. Ianya agak rumit jadi pendek kata aku ini sebahagian daripada benda itu. Kau akan faham nanti."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now