Chapter 3.20

225 25 0
                                    

Cahaya mentari kini menyinari rumah Luna. Ianya sudah genap tiga hari setelah waktu mereka sepatutnya lapor diri kepada pengawal keselamatan Pekan Guardian Lama. Namun suatu tragedi berlaku apabila bayang Towa serta merta hilang daripada pandangan.

Kawakabe : "Souma? Awak ada nampak Towa?"

Souma : "Dia tak ada di dalam bilik sejak malam tadi. Aku ingat dia tidur di ruang tamu seperti biasa?"

Rolland : "Ish! Menyusahkan betullah budak itu."

Ezrel : "Hmm.... Ke mana Towa sudah pergi?"

Kekecohan itu telah menarik perhatian Cree dan Seven yang sedang menantikan mereka di ruang tamu.

Cree : "Hei? Apa yang sedang berlaku ini?"

Ezrel : "Towa hilang."

Lalu Cree dan Seven memandang ke arah antara satu sama lain.

Seven : "Budak dubuk itu?"

Ezrel : "Urm.... Ianya anjing. Bukan dubuk."

Cree : "Tiada sesiapa yang tahukah ke mana dia pergi?"

Serentak Souma dan Ezrel menggelengkan kepala. Sungguh hairan ke mana menghilangnya Towa yang sememangnya bukan jenis manusia yang suka bangun pagi.

Seven : "Haih, ke mana perginya dia?"

Berasap telinga Seven menahan marah. Dia paling benci untuk menunggu.

Cree : "Bertenang, Seven. Aku cuba baca jejaknya."

Perlahan-lahan Cree membuka pelitup matanya. Mata Cree yang sungguh cantik kini menyerlah.

Seven : "Hmm.... Kau orang semua tunduk. Kalau boleh jangan ada eye contact dengan Cree."

Hendak menggambarkan betapa kuatnya kuasa Cree sehinggakan mereka tidak dibenarkan untuk melihat terus ke matanya.

Ezrel : "S... saya tertanya-tanya. Apa yang Cree boleh lihat sebenarnya?"

Seven : "Jejak yang kita tak dapat lihat. Mata Cree lebih tajam daripada kamera sisi yang berteknologi tinggi. Dia mampu untuk mengesan setiap rembesan DNA yang terkesan hanya dengan mata kasarnya."

Kawakabe : "H... hebatnya...."

Agak lama untuk Cree mengesan. Akhirnya dia ternampak jejak Towa yang menuju ke luar rumah. Seraya mereka yang lain-lain membontoti Cree ke luar rumah menuju ke hutan yang terletak di situ.

Cree : "Aku dapat lihat jejak Towa berjalan masuk ke dalam hutan ini. Jejaknya agak baru. Mungkin malam tadi?"

Ezrel : "Kalau begitu, mari kita masuk."

Tidak gentar, mereka menyusuri hutan yang terletak di belakang rumah Luna. Namun begitu, lebih menghairankan jejak Towa didapati menyusuri sebuah lubang kecil di sebalik tembok pertahanan Pekan Guardian Lama.

Cree : "Dia... lalu menerusi lubang ini."

Rolland : "A... apa?"

Souma : "Ezrel, Towa tidak tahu menggunakan kuasa Animal Guardian kan?"

Ezrel : "Tak."

Pencarian mereka menemui jalan buntu dengan lubang sekecil tapak tangan di hadapan mata.

Seven : "Aku rasa tidak sedap hati."

Cree : "Sama. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now