Chapter 3.31

205 24 0
                                    

"Towa, lari!"

Towa : "T... tetapi ayah...."

Towa yang pada ketika itu baru berusia tujuh tahun sedang melarikan diri daripada sesuatu. Ayah kandungnya tidak dapat meneruskan perjalanan dek kerana kakinya yang cedera parah. Tiada upaya untuk ayahnya Towa meneruskan perjalanan.

"T... Towa.... Ayah tak mampu untuk meneruskan perjalanan ini."

Towa : "Tak, ayah! Ayah kena teruskan!"

Masih berdegil Towa cuba untuk mengheret ayahnya bersama. Namun masa tidak mengizinkannya. Si ayah terpaksa melepaskan Towa pergi sendirian.

"Towa.... Jangan begini. Walaupun tanpa ayah, ayah jamin. Kamu boleh pergi jauh. Berjuanglah, anakku."

Towa : "Tak ayah! Towa tak akan tinggalkan ayah."

"Pergi!"

Secara rawak ayahnya meninggikan suara. Tercengang seketika Towa pada ketika itu.

"Jangan degil, Towa! Dengar cakap ayah ini!"

Towa : "Ayah...."

"Pergi! Ayah tak nak tengok muka kau lagi."

Membutang anak mata Towa mendengarkan kata-kata ayahnya yang menghalaunya pergi itu. Itu sahaja satu-satunya cara untuk ayahnya menyelamatkan Towa. Dek kerana terlalu sedih, Towa membuat keputusan untuk berlari meninggalkan ayahnya yang sudah tidak berupaya.

🌸🌸🌸

Heinz : "Claw demon's art, slash hook!"

Lantas, Heinz melepaskan cakaran maut bertubi-tubi ke arah Towa. Disebabkan tubuh Towa yang masih lagi cedera, dia tidak mampu menggunakan kelajuan penuhnya bagi mengelak serangan Heinz.

Terpercik darah Towa di merata tempat. Lukanya pula tidak terhingga berapa banyak.

Heinz : "Hahahahh...! Lihatlah diri kau. Lemah!"

Dengan saki baki tenaga dan kekuatan yang diperolehi Towa, mustahil untuk dia menewaskan Heinz. Namun dia enggan sekali tewas tanpa usaha.

Towa : "Lightning's art, lightning daze."

Seraya Towa mara sepantas kilat ke arah Heinz. Dengan harapan yang kuat, sekurang-kurangnya berjayalah dia melancarkan serangan kepada Heinz. Akan tetapi tidak tahu bagaimana, Heinz perjaya mengelak bahkan membuat serangan balas kepada Towa.

Sekilas Heinz menendang Towa sekuat hati. Mahu roboh dinding bangunan utuh itu. Kesakitan yang dialami Towa dirasakan semakin kritikal kesan daripada sepakan Heinz.

Towa : "Gak.... *Koff! Koff!"

Heinz : "Ahahahahh.... Kenapa ini? Barangkali kau banyak sangat makan sehingga kau jadi selambat ini."

Heinz tertawa mengilai-ngilai melihatkan Towa yang sudah tidak bermaya. Berkemungkinan kecederaan yang dialaminya Towa membuatkan serangannya agak lambat. Amat jarang adanya manusia yang mampu mengatasi kelajuannya termasuk untuk Kuroki.

Gigih Towa cuba untuk berdiri. Malangnya dia sudah sampai kepada limitnya. Keadaan Towa kini membuka ruang kepada Hein untuk mengerjakannya dengan lebih teruk.

Heinz : "Kau memang lemah. Sepatutnya dark Guardian mempunyai daya penyembuhan yang tinggi. Malangnya, lihatlah diri kau sekarang. Hendak merawat luka lama itu pun memakan masa berhari-hari. Lemah!"

Tanpa belas kasihan, Hein menyepak pipi Towa yang lemah tidak bermaya di atas tanah. Towa di dera sehabisnya oleh Heinz. Barangkali hanya menantikan detik kematiannya.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now