Chapter 3.52

192 30 2
                                    

Bims : "Fire demon's art, meteor rise!"

Seraya hujan api turun menimpa hutan Foledure. Kawasan hutan kian bertukar menjadi padang berapi.

Maya : "Dia menggunakan serangan berskala besar. Catastrophe!"

Lalu hujah ribut menimpa bumi memadam seberapa banyak api yang membaham hutan Foledure. Namun begitu, api Bims tidak mudah untuk dipadamkan. Tambahan pula dengan keadaan hutan Foledure yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau mendorong lagi kepada penyebaran api itu.

Rolland : "Aku nak tengok bagaimana api dia berfungsi apabila cuaca di sini semakin sejuk."

Telapak kaki Rolland kini membeku. Sudah tidak sabar lagi untuk dia menyertai Maya.

Rolland : "Ice's art, Rime Isolate."

Kuasa yang diaktifkan Rolland sudah mengubah kawasan hutan Foledure menjadi kawasan artik. Maka pergerakan api Bims kelihatan semakin perlahan. Itu berita baik buat mereka semua. Jadi tidak perlu lagi mereka khuatirkan akan hutan itu terbakar menjadi abu.

Maya : "Kerja yang bagus itu, Rolland."

Rolland : "Heh, terima kasih."

Geram namun Bims masih belum selesai dengan mereka. Selagi mana dirinya masih hidup, dia tidak akan membiarkan antara mereka berjalan keluar daripada situ hidup-hidup.

Bims : "Aku akan pastikan kau orang semua mati di sini."

Telapak tangan Bims menjelmakan bebola api. Semakin lama semakin besar bebola api itu. Perlahan-lahan haba yang dihasilkan daripada bebola api itu mencairkan ais Rolland.

Rolland : "Tak guna.... Dia memang nak tukar kita menjadi abu ke?"

Maya : "Rolland. Hulurkan tangan kau."

Rolland membuat muka pelik. Entah apa yang bermain di dalam fikirannya.

Maya : "Bagi sahaja tangan kau. Aku nak kita bergabung kuasa. Kau fikir aku nak mengurat kau ke?"

Terkena setepek dengan Maya. Lain macam cara pemikiran Rolland dalam keadaan gentir begitu.

Rolland : "Ceh, cakaplah yang kau ada rancangan. Ini tak. Terus tiba-tiba minta tangan."

Maya : "Hei, tak kuasa aku nak mengurat kaulah!"

Rolland : "Yelah itu."

Dengan perlahan Rolland menghulurkan tangannya. Kini Maya dan Rolland berpegangan tangan.

Maya : "Rolland. Secara serentak, kau aktifkan serangan terkuat kau."

Rolland : "Ya."

Maya memerhatikan masa yang sesuai untuk mereka beradu tenaga. Apabila sudah tibanya masa, Maya mula memberikan isyarat untuk melakukan serangan.

Maya : "Sekarang!"

Secara serentak mereka hendak mengaktifkan serangan terkuat masing-masing.

Maya : "Water's art...."

Rolland : "Ice's art...."

Seraya Maya dan Rolland memandang antara satu sama lain tanda bersedia untuk mengaktifkan serangan.

Maya : "Tsunami!"

Rolland : "Iceberg!"

Sebaik sahaja kedua-dua mereka mengaktifkan serangan masing-masing, tanah mula bergelombang. Salji yang terkumpul di tanah bergerak dalam bulatan mengelilingi Maya dan Rolland.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now