Chapter 3.49

194 30 2
                                    

Ezrel : "Mmm...."

Kelopak mata Ezrel terbuka. Serta-merta dia terjaga daripada alam mimpi. Dirinya sedang terbaring di atas tilam lembut tidak dikenali. Bahkan tubuhnya juga siap diselimutkan.

Perlahan-lahan Ezrel bangun daripada baringnya yang dirasakan begitu lama. Dia hanya mampu bergerak perlahan kerana masih terpinga-pinga dengan apa yang melanda diri.

Towa : "Ez...."

Tercengang Ezrel mendengar suara insan yang begitu lama tidak dilihatnya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya Ezrel hendak bersua dengan sahabat karibnya itu.

Ezrel : "T... Towa...."

Pantas Ezrel hendak mengorak langkah ke arah Towa. Namun begitu, reaksi Towa berada di luar sangkaan. Secara rawak Towa melangkah ke belakang.

Towa : "Jangan dekat dengan aku, Ez."

Ezrel : "Towa.... Kenapa? Aku ada buat salah ke?"

Towa : "Tak. Bukan kau, Ez. Tetapi aku. Aku ini tidak layak untuk berkawan dengan kau."

'Pak!'

Tiba-tiba ada sesuatu tercampak ke kepala Towa dari arah belakang. Mujurlah barang itu tidak berat. Jikalau tidak mahu benjol kepalanya Towa. Namun begitu, gerangan siapakah yang melemparkan barang itu kepada Towa?

Souma : "Kau tak payah nak mengada-ngada. Aku belasah kau cukup-cukup nanti baru tahu."

Tersengih kerang busuk Towa sebaik sahaja Souma sudah berada di belakangnya.

Ezrel : "Souma...."

Souma : "Hei, Ezrel. Sudah lama kita tak jumpa."

Secara rawak Ezrel berdiri dan menghampiri mereka.

Ezrel : "Baguslah kau orang semua dalam keadaan yang baik."

Souma : "Ah, kami yang sepatutnya risaukan kau. Memandangkan kami dengar banyak kes berlaku di Pekan Neon Pride."

Towa : "Ya, Ez. Aku sampai susah nak tidur memikirkan keadaan kau. Tak sangka.... Tak sangka aku masih berkesempatan untuk berjumpa dengan kau lagi. Walaupun aku tahu yang aku banyak buat salah kepada kau. Aku marah kau macam-macam. Aku tak fikirkan perasaan kau...."

Sebelum Towa menyambung lagi hujahnya yang kelihatan tidak berkesudahan, Ezrel serta-merta menyampuk.

Ezrel : "Towa. Aku tak ambil hati pun dengan apa yang kau telah lakukan itu. Aku cuba untuk berlapang dada. Mesti ada sebab kenapa kau berperilaku begitu. Yang pasti kau kena tahu, aku rindu sahabat baik aku ini."

Mendengar kata-kata Ezrel yang sungguh menyayat hati membuatkan Towa tidak mampu untuk menahan telaga tangisannya daripada mencurah.

Towa : "Ez... Ezrel.... K... kenapa...? Kenapa kau baik sangat dengan aku?"

Towa sekilas mengelap air matanya yang jatuh ke pipi. Terharu hatinya rasakan dan begitu bersyukurnya apabila dirinya dikurniakan seorang sahabat yang begitu baik hati seperti Ezrel.

Ezrel : "Hahahh.... Towa. Kau menangis ke?"

Towa : "Tak. Aku tak menangis.... Uhukss.... Aku terharu."

Souma : "Ianya tetap di panggil menangis."

Towa : "Tak. Souma! Aku tak menangis.... Ada beza di antara kedua-duanya."

Souma : "Tak ada. Mana ada. Sama sahaja...."

Towa : "Souma...."

Ezrel hanya tertawa kecil melihat gelagat dua orang sahabat baiknya itu. Akhirnya, tiga orang sahabat itu kembali bersatu seperti yang sepatutnya.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now