Chapter 3.35

208 28 0
                                    

Sebaik sahaja Ezrel dan pasukannya melihatkan keyakinan Tye dalam mendominasikan Guardian dan dark Guardian dalam satu masa, mereka tidak mampu berbuat apa-apa melainkan percayakannya.

Cree yang masih lagi belum sedar di bawa ke bilik wad supaya dia dapat di pantau dengan rapi. Tidak dinafikan bahawa Tye merupakan seorang yang sangat sibuk ketika mana dia berada di pusat pertahanan Guardian itu.

Ezrel : "Abang Tye."

Ezrel memanggil Tye yang sedang sibuk mengagihkan stok makanan kepada penduduk Neon Pride itu.

Tye : "Ya, Ezrel. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

Ezrel : "T... tak. Saya nak bantu abang."

Tye : "Oh. Terima kasih."

Seraya Ezrel membantu Tye mengagihkan stok makanan daripada kontena. Dalam kesibukan itu, Ezrel mengambil peluang untuk bertanyakan seberapa banyak soalan yang termampu.

Ezrel : "Abang sudah berapa lama membesar dengan Towa?"

Tye : "Sejak dia tujuh tahun lagi. Aku dengan mak aku jumpa dia nyawa-nyawa ikan di bawah timbunan salji. Mujur kami sempat menyelamatkannya."

Ezrel : "Oh."

Tye : "Dia seorang yang sangat takut dengan orang awam. Aku pun tak tahu kenapa."

Ezrel : "Abang ada cakap yang Towa selalu ceritakan tentang saya kepada abang. Apa sahaja yang dia telah ceritakan kepada abang?"

Tye : "Dia cakap, kau kawan terbaik yang dia pernah ada. Dia selalu puji kau. Dia bersyukur kerana adanya kau sebagai teman baiknya."

Ezrel hanya mampu membisu mendengarkan kata-kata Tye. Sebaliknya hatinya terasa sedih apabila mengenangkan kata-kata yang menyakitkan ketika mana Towa cuba untuk mencederakannya.

Ezrel : "Apa perasaan Abang Tye apabila Towa bagitahu dia sudah bertukar menjadi dark Guardian?"

Tye : "Pada awalnya aku rasa hampa. Namun lama kelamaan aku kena berfikiran positif. Mungkin ada kebaikan di sebalik tragedi ini. Aku kena percaya yang jiwa Towa masih ada di dalam badannya."

Kata-kata positif daripada Tye sudah membuka mata Ezrel. Barangkali rasa hampanya secara langsung lesap bak debu ditiupkan angin.

Sudah sekian lama Tye dan Ezrel mengagihkan bekalan makanan, akhirnya baru dirinya sedar bahawa stok makanan yang sedia ada tidak mencukupi.

Tye : "Eh, alamak. Tak cukup."

Ezrel : "Di dalam kontena ini sudah tiada satu pun stok makanan yang masih tersisa."

Tye : "Jenuhlah begini."

Jalan buntu menempuh Tye. Namun otaknya tidak pernah letih memikirkan jalan penyelesaian.

Ezrel : "Apa yang kita patut buat sekarang?"

Tye : "Aku akan keluar untuk mengambil stok makanan lagi."

Terkejut Ezrel mendengarkan rancangan Tye. Sudah semestinya suasana di luar sana gelap dan dipenuhi dengan dark Guardian.

Ezrel : "Eh? Tak rasa ianya terlalu bahaya ke untuk keluar sendirian masa begini?"

Tye : "Siapa kata aku nak keluar sendirian?"

Ezrel kian membisu sebaik sahaja mendengar persoalan Tye. Tidak membuang masa, Tye mengorak langkah pergi daripada situ meninggalkan Ezrel. Entah siapalah yang akan Tye ajak keluar bersamanya.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now