Chapter 3.26

231 30 0
                                    

Towa : "Ezrel! Jom kita pergi kerja bersama-sama."

Ezrel yang baru sahaja berjalan keluar daripada rumah kecil kediamannya serta merta di sapa oleh Towa. Setiap pagi, begitulah rutin mereka sebelum mereka berhasrat untuk tinggal serumah.

Towa : "Hei, Ezrel. Petang ini kita lepak sama-sama nak?"

Ezrel : "Maaflah, Towa. Aku tak boleh. Ada kerja."

Towa : "Kerja? Kau kerja apa lagi?"

Ezrel : "Kerja part time. Biasalah.... Aku terpaksa untuk bayar duit bil bulanan. Kerja di bengkel tidak cukup untuk menampung ke semuanya."

Towa : "Hmm.... Okey. Berhati-hati tau? Jangan terlebih kerja."

Ezrel : "Hahahh.... Terima kasih."

***

Masa bekerja Ezrel dan Towa telah pun tamat di bengkel. Sudah tiba masanya untuk mereka pulang ke rumah.

Towa : "Eh, Ez. Nak aku hantarkan kau pulang ke tempat kerja tak?"

Ezrel : "Tak perlu. Aku okey sahaja. Janganlah risau. Lagipun lebih cepat apabila aku menaiki kereta api."

Towa hanya mampu membisu di tempat dia berada. Sungguhpun berat hatinya untuk membiarkan Ezrel ke tempat kerjanya sendirian, akan tetapi dia terpaksa hormat akan keputusannya.

Towa : "Okey, Ez. Berhati-hati tau?"

Ezrel : "Ya."

Maka terpisahlah kedua-dua orang kawan itu. Ezrel beransur ke tempat kerja yang seterusnya, sementara Towa bergerak ke sebuah pusat hiburan tidak jauh daripada situ.

Kepalanya tidak terurus memikirkan keselamatan Ezrel. Tambahan pula, dark Guardian kini sedang bergiat aktif memburu mangsanya. Sambil dia menunggu pesanannya di ambil di meja bar, sambil dia mengelamun sendirian.

"Eh?"

Secara rawak kedengaran suara manusia yang begitu dikenalinya Towa. Sekilas dia memandang ke arah hadapannya di mana suara itu datang. Betapa terkejutnya Towa melihat Ezrel sedang berdiri dihadapannya dengan memakai pakaian bartender di situ.

Towa : "Ezrel...."

Ezrel : "Urm.... Hei. Towa.... Kau buat apa di sini?"

Towa : "Aku tak tahu yang kau bekerja di sini."

Ezrel : "Ah, ya. Sinilah tempat kerja aku."

Towa : "Kau tahukan di sini banyak Guardian yang berkeliaran di waktu malam? Bagaimana kalau kau terserempak dengan Guardian yang cuba mengambil kesempatan kepada kau?"

Ezrel : "Aku tahu bagaimana untuk mempertahankan diri. Janganlah risau."

Towa : "Mana aku tak boleh risaunya? Aku tersangat risau dengan keadaan kau."

"Pelayan!"

Lalu adanya seorang pelanggan yang memanggil Ezrel yang masih lagi rancak berborak dengan Towa.

Ezrel : "Ah? Sekejap ya, Towa. Aku kena layan pelanggan. Nanti aku datang balik."

Bingkas Ezrel berlari ke arah pelanggan yang baru sahaja menyerunya itu. Nampak gayanya, pelanggan itu kelihatan agak marah. Namun Ezrel menebalkan muka untuk berhadapan dengannya.

Ezrel : "Ya. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

"Saya order Vodka. Apa benda yang kau bagi aku ini? Seperti air murah!"

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now