Chapter 3.37

204 27 0
                                    

Tye dimasukkan ke wad kecemasan. Bantuan pernafasan diberikan.

"Abang Tye...."

Kanak-kanak yang selalu bersama Tye turut sama menangis dengan kuat. Siapa sangka Tye akan cedera seteruk itu?

Luna : "Dia cedera parah. Namun begitu, dia masih ada harapan untuk hidup."

Luna dengan bantuan roh mistiknya berusaha untuk membantu Tye.

Seven : "Dia sudah menyelamatkan aku. Jadi siapa sahaja yang meraguinya lagi, aku tak akan teragak-agak untuk memusuhinya."

Tegas Seven berkata sedemikian kepada Ezrel dan lain-lain. Ronex yang pada ketika itu susah untuk mempercayai Tye tersentak apabila Seven berkata sedemikian. Sejurus dia berasa serba salah dengan tindakannya sebelum ini.

Ezrel : "Siapa yang akan membawa bekalan makanan kepada penduduk di sini nanti?"

Ronex : "Aku."

Secara rawak Ronex menawarkan dirinya untuk membantu. Terkejut besar Aroud mendengar Ronex rela hati untuk membantu.

Aroud : "Wah! Kau nak tolong?"

Ronex : "Ya. Kau pun akan ikut aku."

Seraya Ronex mengheret Aroud sekali untuk membantunya.

Aroud : "Eh? Apa pula kau ini?"

Dengan selambanya Ronex mengheret Aroud pergi. Maka seorang demi seorang berjalan pergi meninggalkan mereka di situ.

Akhirnya tinggallah Ezrel sendirian menemani Tye. Dalam keadaan Tye yang masih lagi koma, dia bersuara dalam keadaan separa sedar.

Tye : "T... owa.... S... se... sesiapa.... Se... lamatkan... Towa...."

Sebaik sahaja Ezrel mendengar suara lemah Tye, dia bertindak untuk menggenggam erat tangan Tye.

Ezrel : "Towa akan okey, abang. Saya akan pastikan dia dalam keadaan okey."

Seraya Tye kembali senyap tidak bersuara. Akhirnya meninggal rasa sebak di dada Ezrel.

🌸🌸🌸

'Zap!'

Towa kini dalam versi animal Guardian tahap dua sedang hebat bertarung dengan Uzui yang sudah mengaktifkan perisai tahap satu, Androinia.

Sama-sama hebat. Akan tetapi tidak dinafikan kemahiran Uzui lebih hebat berbanding Towa. Walaupun Towa sudah dalam rupa bentuk animal Guardian akan tetapi kuasa petir birunya masih lagi boleh digunapakai.

'Bang!'

Satu kesilapan Uzui lakukan dan kemenangan serta merta berpindah tangan. Lupa bahawa pistol milik perisai Uzui menembakkan tenaga elektrik bervoltan tinggi.

Malangnya tembak itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada Towa. Sekilas Towa menggenggam kuat pistol milik Uzui sehingga pecah lalu bertindak untuk melepaskan pukulan kuat ke arah kepalanya. Namun begitu Towa hanya memberhentikan tangannya di hadapan wajah Uzui. Memandangkan ianya hanya sekadar latihan, maka kecederaan yang teruk tidak sepatutnya berlaku.

Towa : "Hehehh...."

Uzui : "Kau memang kuat. Aku tak nafikan itu. Akan tetapi...."

Ketika mana Towa hilang fokus, Uzui membuat keputusan untuk melepaskan pukulan tepat pada perutnya. Tertolak jauh Towa daripada situ. Mahu senak perutnya pada ketika itu.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now