Chapter 3.47

177 26 3
                                    

"Dengar cerita, perempuan itu isteri kepada ice killer."

"Ice killer? Si pemburu gunung bersalji itu? Katanya ice killer itu akan membunuh sesiapa sahaja yang berani masuk ke kawasannya."

"Nasib baik suaminya sudah tiada lagi. Jikalau tidak, teruklah kita...."

Kisah yang sering di salah anggap itu terus tersebar tanpa tapisan.

Tye : "Mak.... Kenapa orang kampung asyik kata ayah seorang pembunuh?"

Tye bertanyakan kepada ibunya yang menjadi mangsa gossip kampung tempat mereka menginap. Mujurlah hanya di situ sahaja tempat selamat untuk mereka berteduh. Jikalau tidak, sudah lama mereka berpindah daripada situ.

"Ayah kamu bukanlah seorang pembunuh seperti apa yang telah orang kampung katakan itu. Ayah kamu seorang yang penyayang. Dia seorang pencinta alam jikalau kamu nak tahu."

Sungguhpun sudah di pujuk oleh ibunya, namun hati tetap berat untuk menerima. Bahkan setiap kali Tye ke sekolah, ada sahaja rakan sekelasnya yang memandang sinis ke arahnya.

Syukur Tye dilahirkan dengan tahap kesabaran yang tinggi. Malahan dia bekerja keras untuk mencari kebenaran di sebalik sejarah ice killer.

Tye : "Ice killer.... Sebuah puak yang mampu memanipulasi ais. Di anggap sebagai kumpulan pemberontak."

Setelah membaca lembaran buku terbabit, Tye kian termenung sendiri memikirkan kata-kata yang pernah dikeluarkan oleh ibunya.

Tye : "Kumpulan pemberontakan ya? Nampaknya apa yang orang kampung katakan itu benar. Sayangnya, aku tak ada kuasa ais. Mak lebih cenderung melatih aku kuasa petir biru."

Tye kini memandang ke arah tapak tangannya. Hatinya terfikir, adakah benar dia waris kepada ice killer? Jikalau ya, kenapa dia tidak mampu menggunakan kuasa ais? Akan tetapi hanya masa sahaja yang boleh menjawab persoalan itu.

🌸🌸🌸

'Skreet...! Krash!'

Suatu kemalangan ngeri menimpa Tye. Jasad Tye cedera parah akibat di langgar deras oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda. Wad kecemasan riuh dengan keberadaan Tye yang kini mengalami pendarahan di otak.

"Beri laluan! Kecemasan!"

Bayang Tye hanya diperhatikan dari jauh oleh ibunya. Sedih dan risau namun tiada apa yang dapat dilakukannya. Malahan doktor pakar sendiri sudah menyatakan bahawa kebarangkalian Tye untuk terus hidup hanya 50 peratus sahaja.

'Titt.... Titt.... Titt....'

Situasi cemas itu di hitung dengan kadar degupan jantung Tye. Semakin lama semakin laju sehinggalah tiada lagi berbunyi.

'Titt....'

Dengan dukacitanya doktor membawa berita sedih itu kepada ibu Tye.

"Minta maaf, puan. Kami tidak dapat menyelamatkan anak puan."

Namun tiada setitis air mata yang mengalir dari mata si ibu. Tiada sepatah kata, ibu Tye terus berjalan menuju ke arahnya. Dengan lembut ibu Tye mengusap umbun kepala Tye.

"Anakku.... Mak nak bagitahu sesuatu. Inilah sebab manusia takut dengan ice killer. Mereka ada semangat gunung salji yang sangat ganas. Sehinggakan agak mustahil untuk mereka dimatikan. Kali ini, mak akan kejutkan semangat gunung salji itu. Cuma berjanji. Jangan salah guna semangat ini ya, anakku?"

Sejurus, berlaku perubahan pada tubuh Tye yang masih tidak bernyawa. Timbulnya urat putih pada wajah Tye. Lantas kedua-dua belah kelopak matanya terbuka seluas-luasnya.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now