[Chapter 3.04] Langkah Awal, Pertandingan Sento

367 37 6
                                    

'Dush!'

Lit di belasah teruk oleh kanak-kanak misteri itu. Kini, kanak-kanak itu bukan lagi seorang kanak-kanak. Bahkan susuk tubuhnya sudah bertukar ke bentuk seorang lelaki dengan topeng musang pada wajahnya.

 Bahkan susuk tubuhnya sudah bertukar ke bentuk seorang lelaki dengan topeng musang pada wajahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Maaf. Saya tak biasa cederakan kanak-kanak. Akan tetapi saya akan bertindak untuk mencederakan sesiapa sahaja yang berani mengganggu Azarael."

Suara kanak-kanak itu juga berubah menjadi garau seperti seorang lelaki berusia belasan tahun.

Lit : "Awak.... Awak ini siapa?"

"Tokotsu...."

Seraya lelaki itu memperkenalkan diri.

Lit : "T... Tokotsu...."

Tokotsu : "Ianya bukanlah nama sebenar. Hanya nama panggilan."

Seraya Tokotsu berjalan ke arah Lit. Pedangnya dikeluarkan dan bersedia untuk memenggal kepala Lit.

Tokotsu : "Saya rasa sudah tiada keperluan lagi untuk menyimpan awak."

Baru sahaja Tokotsu hendak menghayunkan pedang, telinga tajamnya mengesan sesuatu. Dengan tangkas dia melompat tinggi di udara. Mujurlah dia sempat bertindak demikian kerana adanya makhluk bayang yang cuba menyambarnya dari bawah.

Taro : "Lit!"

Lit : "Taro...."

Tokotsu : "Ada lagi seorang. Nampak gayanya mereka sudah tahu akan kewujudan Azarael."

Lantas, Tokotsu mendarat di atas balkoni di tingkat atas.

Taro : "Lit. Awak tak apa-apa?"

Lit menggelengkan kepalanya menyatakan dirinya tidak apa-apa.

Tokotsu : "Berapa ramai kelompok dark guardian yang bersama kamu berdua?"

Taro : "Mereka semua akan datang untuk tangkap suku kaum Kaisu itu. Gak!"

Sepantas kelipan mata, Tokotsu sudah berdiri di hadapan Taro. Sebelah tangannya mencekik Taro ke udara.

Lit : "Taro!"

Taro : "Gak...."

Tokotsu : "Awak tak menjawab persoalan saya."

Taro terbatuk-batuk dek cengkaman erat daripada Tokotsu. Air mata Lit semakin lebat mengalir menyaksikan Taro semakin sesak nafas.

Disangkakan Tokotsu akan membunuh Taro di situ. Namun lebih mengejutkan apabila Tokotsu meletakkan Taro kembali di atas tanah.

Membutang anak mata Lit melihatkan perubahan watak Tokotsu. Dengan perlahan, Tokotsu menghulurkan sebiji gula-gula lolipop kepada Taro.

Tokotsu : "Maaf. Saya berkasar sangat dengan awak. Ambillah ini. Ianya lebih sedap berbanding daging Alfa jikalau awak nak tahu."

Pada awalnya, Taro enggan menerima lolipop daripada Tokotsu. Namun Tokotsu serta merta menyumbatkan lolipop itu ke dalam mulut Taro.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now