Chapter 3.12

322 38 0
                                    

Tenang Rolland berdiri di tengah-tengah padang berumput yang sepoi-sepoi bahasa. Tanpa di jangka, Towa sudah berada dibelakangnya sementara Souma sudah bersedia dihadapannya. Kedua-dua mereka sudah bersedia untuk melancarkan serangan.

Akan tetapi Rolland begitu tenang di situ. Bahkan dia hanya melangkah sebelah kakinya untuk mengelak serangan daripada kedua-dua mereka.

Rolland : "Kau orang berdua ini lambat sangatlah. Aku rasa nak menguap begini."

Towa : "Eh?"

Pantas Rolland mencapai kolar baju Souma dan Towa. Begitu pantas gerak geri Rolland sehingga mereka berdua hampir tidak terlihat tindakannya.

Kini kedua-dua Souma dan Towa tergantung pada leher baju masing-masing.

Rolland : "Serangan begini jangan kata Kuroki. Dark guardian pangkat paling rendah pun belum tentu kau orang dapat tewaskan."

Lantas Rolland melemparkan kedua-dua mereka ke hadapan ibarat ribut. Walaupun tubuh Rolland tidaklah kelihatan begitu sasa, namun kekuatan yang dimilikinya sungguh luar biasa.

Cukup jauh Souma dan Towa tercampak hasil daripada lemparan Rolland. Dengan kelajuan kelipan mata, duri ais sudah tercacak dihadapan mukanya. Hanya beberapa inci sahaja duri ais itu boleh mencucuk mata.

Alangkah terkejutnya mereka menyaksikan duri ais yang hanya beberapa inci mampu membunuh.

Souma : "Sangat pantas...."

Towa : "Gak? B... bila masa ais ini ada di sini?"

Rolland : "Jikalau gerakan kau orang lembap begini, musuh akan membunuh kau orang sekelip mata sahaja."

Perlahan-lahan Towa dan Souma kembali berdiri.

Rolland : "Cuba bergerak pantas sedikit."

Secara tiba-tiba suara Aroud menerpanya.

Aroud : "Boleh tunjukkan demonstrasi sedikit kelajuan yang bagaimana itu?"

Serentak Rolland, Souma dan Towa memandang ke arah Aroud. Kawakabe dan Ezrel juga turut sama mengekori jejak langkah Aroud.

Rolland : "Kelajuan yang sukar untuk di baca. Itu yang aku maksudkan."

Seraya Aroud melemparkan seutas reben merah dengan loceng emas padanya kepada Rolland. Sedikit terkaku Rolland melihat seutas reben yang tidak asing dalam hidupnya.

Aroud : "Kita akan tunjukkan kepada mereka kelajuan bagaimana yang kita maksudkan."

Lalu terukir senyuman sinis pada bibir Rolland. Dirinya tahu ianya adalah cabaran daripada seniornya itu. Sungguh Rolland sememangnya seorang lelaki yang dahagakan cabaran. Lantas reben tersebut di genggam erat di dalam tangannya.

Rolland : "You're on!"

Keterujaan kian terasa terutama bagi kalangan adik junior.

Towa : "Wah, kita akan lihat perlawanan persahabatan secara langsung."

Souma : "Aku tak boleh bayangkan betapa gilanya kuasa mereka ini."

Aroud : "Kawakabe, kau termasuk sekali ya? Tiada alasan."

Kawakabe : "Eh? Kenapa aku pun kena sekali?"

Belum sempat untuk Kawakabe mengundur diri, bayang-bayang menakutkan milik Aroud sudah mengerumuninya. Risau dirinya diapa-apakan, Kawakabe hanya akur sahaja arahan Aroud.

Kawakabe : "O... okey. Tapi jangan terlalu berkasar dengan aku tau?"

Aroud : "Eh, tak adanya. Aku tak akan kerjakan kau dengan teruk. Nah, gelang kau."

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now