Chapter 3.44

201 30 4
                                    

Kawakabe : "Aku tidak akan benarkan kau bermaharajalela lagi, Kuroki. Cukup sampai di sini sahaja kewujudan kau orang. Tak akan lagi ada warisan kau orang yang seterusnya."

Ichigan : "Kau tutup mulut kau itu, manusia! Blood demon's art, bloodyline!"

Tangkas Ichigan melepaskan serangannya. Sejurus berlaku letupan memuntahkan darah asid di sepanjang laluan Kawakabe. Namun begitu, Kawakabe begitu tangkas mengelak setiap serangan Ichigan.

Kawakabe : "Tidak kira. Betapa lemahnya aku.... Aku tidak akan kekal berada di bawah. Aku perlu kuat untuk pertahankan semua. Aku perlu tewaskan dia. Iori. Terima kasih!"

Setelah beberapa kali Kawakabe mengelak, akhirnya dia sudah bersedia untuk melancarkan serangan. Dengan dorongan daripada Iori merancakkan lagi semangat Kawakabe.

Iori : "Serang sekarang, Kawakabe!"

Tidak membuang masa, Kawakabe mengorak langkah. Kuat dia menggenggam pedangnya.

Kawakabe : "Sound's soul, spiritual howl."

Seraya Kawakabe melibas pedangnya dengan kuat sehingga terhasilnya bunyi ngauman yang begitu kuat. Bunyi tersebut telah menghasilkan gema yang membuatkan setiap serangan Ichigan hilang imbangan.

Darah berasid yang hendak menjunam jatuh ke atasnya serta-merta memantul ke arah yang bertentangan. Ini kerana serangan Kawakabe telah menghasilkan gema yang mengubah haluan serangan tersebut.

Tergumam Ichigan melihat betapa mudahnya Kawakabe menghalang serangan berkuasanya. Tiada setitis pun serangannya mengena. Lebih mengejutkan, itu adalah pertama kali dia melihat serangan Kawakabe. Sebelumnya, Kawakabe tidaklah menggunakan kuasa khas tertentu.

Ichigan : "D... daripada mana kau belajar serangan sedemikian?"

Tajam Ichigan memandang Kawakabe. Jantungnya berdegup dengan begitu kencang. Setelah di renung sejenak, bayang Tokotsu tertampak di sebalik jasad Kawakabe.

Ichigan : "Begitu.... Jadi kau dapatkan pertolongan daripada Lord Phantom. Lemah sungguh-"

'Zupp!'

Sekelip mata Kawakabe sudah berada di hadapan mata Ichigan. Tidak habis kata-kata Ichigan ketika itu.

Ichigan : "Kau pengecut, Lord Phantom!"

Kawakabe tidak menghiraukan Ichigan. Sekilas dia melancarkan serangan ke arahnya.

Kawakabe : "Infinity ghoul."

Sejurus pandangan Ichigan bertukar menjadi gelap. Barangkali dia sudah dipindahkan ke dunia lain.

🌸🌸🌸

Ichigan : "Aku di mana ini?"

Sejuk dan dingin menyelubungi Ichigan. Suasana gelap tanpa sebarang cahaya. Hanya dia seorang diri sehingga dirinya sedar adanya satu suara yang menemaninya.

"Kau kata aku pengecut?"

Suara lelaki itu berada di belakang Ichigan. Sekelip mata dia berpaling hendak melihat siapakah dia manusia yang berada bersamanya.

Siapa sangka kelibat Lord Phantom, Tokotsu sudah terpacak dibelakangnya. Pucat wajah Ichigan melihat sendiri Tokotsu di situ.

Bengis wajah Tokotsu memandang Ichigan. Sungguh jelek dirinya rasa ketika mana Ichigan berada dihadapannya.

Tokotsu : "Ulang sekali lagi. Kau kata aku pengecut?"

Ichigan : "K... kau.... Kalau betul kau itu berkuasa, kenapa tidak kau sendiri berhadapan dengan aku? Kenapa kau sendiri tidak berurusan dengan Takuya-sama?"

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now