Chapter 3.34

205 30 4
                                    

Seven : "Tutup mata, semua!"

'Kabush!'

Sesiapa sahaja yang memandang mata Cree, dia akan meletup berkecai. Mujurlah mereka semua sempat menutup matanya. Padang yang serba hijau kini telah bertukar menjadi medan berdarah.

Cree kini dalam keadaan yang di luar kawalan. Tiada sesiapa yang mampu menghentikannya.

Luna : "Cree! Kawal diri kau."

Seven : "Sebab inilah aku tak pernah bersetuju untuk bawa Cree berperang."

Rolland : "Apa yang kita nak buat sekarang?"

Seven : "Biar aku uruskan. Pastikan tak ada satu pun antara kau orang yang buka mata."

Mujurlah Seven mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam. Gerakan yang cukup berhati-hati di ambil oleh Seven. Pantas Seven mengambil pelitup mata Cree lalu di tutup matanya.

Seven : "Cree! Kawal diri kau itu. Cree!"

Cree meronta-ronta minta untuk dilepaskan.

Seven : "Luna!"

Pantas Luna berlari ke arah Seven. Dengan menggunakan kuasanya, Luna meletakkan hujung jarinya pada dahi Cree. Semakin kuat Cree meronta.

Lima minit masa diperuntukkan untuk Luna memanipulasi Cree. Sedar tak sedar, Cree sudah mula melemah tidur.

Dengan tertidurnya Cree maka suasana kian menyepi. Dark Guardian yang daripada mengancam mereka sudah mati.

Ezrel : "Cree akan okey ke?"

Luna : "Dia akan okey. Cuma beri dia rehat buat seketika."

Seven : "Haih.... Cree ada sejarah silap yang teruk. Situasi yang melanda kau ini mungkin terlalu banyak untuknya."

Ezrel : "Eh? Kenapa situasi saya pula?"

Luna : "Cree ada emosi yang sangat goyah apabila nak dibandingkan dengan saya yang perempuan ini."

Seven : "Dia tengok kucing mati pun boleh buat dirinya banjirkan satu pekan ini. Apatah lagi melihat situasi kawan tikam kawan seperti kau itu."

Ronex : "Dia ada hati yang sangat rapuh."

Seven : "Ya. Sebab itu aku tak berapa yakin hendak membawanya bersama. Kalau boleh aku tak nak libatkan dia."

Seraya mereka semua terdiam seketika mendengarkan kata-kata Seven.

Seven : "Kuasa dia memang sangat luar biasa. Namun kuasa yang terlalu luar biasa juga tidak baik untuk seseorang. Adakalanya kuasa itu akan memakan diri seseorang sekiranya kau tidak ada upaya untuk mengawal sendiri kuasa itu."

Ezrel : "Saya minta maaf. Kerana sayalah kamu semua terpaksa terlibat dengan semua ini."

Sejurus Seven berpaling pandangan ke arah Ezrel.

Luna : "Ezrel.... Ianya bukan salah awak. Cree sendiri yang mahu membantu. Jadi kami yang sepatutnya perlu memantau dia."

Seven : "Ya. Benda sudah berlaku. Kita tak bolehlah nak berpatah balik. Kena teruskan juga. Itu sahaja caranya."

Luna : "Ya. Jangan risau, Ezrel. Kami setia berada di sini."

Membutang anak mata Ezrel apabila mendengar kata-kata semangat daripada Luna dan Seven. Terharu hatinya rasakan. Walaupun ianya suatu misi yang sangat bahaya, namun mereka sanggup berjuang disampingnya.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now