Chapter 3.55

161 20 0
                                    

Yusei Temple kini sibuk dengan pasukan The Six Fusion yang sudah bersiap untuk mengatur langkah untuk berperang.

Ronex : "Hanako dan Kawakabe ke bandar untuk membawa penduduk di tempat yang selamat."

Kawakabe : "Baik."

Ronex : "Rolland dan Uzui. Kau orang berdua tolong hapuskan makhluk buas yang menyerang pekan."

Rolland : "Arahan di terima."

Ronex : "Aroud. Kita berdua terus ke arah Takuya. Apapun yang berlaku, kita tak boleh biarkan dia dekati Ezrel."

Tergumam Aroud mendengar kata-kata Ronex.

Aroud : "Kenapa tak?"

Ronex : "Aku dengar yang Takuya ada kuasa untuk mengubah sesiapa menjadi Dark Guardian. Bayangkan jikalau Ezrel bertukar menjadi Dark Guardian. Sudah semestinya kita akan berhadapan dengan masalah yang besar untuk berlawan dengan Ratu Phantom selepas ini."

Aroud : "Okey. Kalau begitu, kau lebih baik bagi budak-budak itu tugasan."

Ronex : "Aku tahu itu. Mereka akan bantu pasukan Rolland dan Uzui. Jadi mereka terlalu sibuk untuk fokus kepada Takuya."

Aroud : "Baik. Sekarang ini, kita kena bergerak."

Tidak sempat untuk mereka berdua beransur pergi, Cree menyapa mereka.

Cree : "Aku nak ikut kau orang sekali."

Serentak Ronex dan Aroud memandang ke arah Cree yang hadir bersama-sama dengan Jenn.

Jenn : "Saya pun akan ikut sekali. Lagipun ianya lebih elok kita bergerak dalam kelompok yang besar memandangkan lawan kita kali ini bukanlah calang-calang punya orang."

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jenn tidak dapat dinafikan lagi. Mereka berhadapan dengan satu-satunya makhluk yang pernah membunuh The Lord Phantom suatu ketika dahulu.

Ronex : "Ayuh. Tak ada masa lagi."

Sekilas Ronex memberi arahan kepada mereka untuk bersegera melaksanakan misi penting itu. Ianya misi yang melibatkan hidup dan mati mereka.

Sepantas kilat, pasukan hadapan itu mengatur langkah menuju ke hutan Foledure. Di situlah tempat yang dipercayai menjadi laluan utama Takuya untuk ke bandar. Di kawasan sempadan hutan terbabit, begitu banyaknya manusia sedang bergadai nyawa untuk melawan haiwan pemangsa jelmaan Takuya.

Aroud : "Dahsyatnya...."

Secara tiba-tiba, kedengaran satu suara yang menyeru nama Cree.

"Cree!"

Sekilas Cree berpaling ke arah suara tersebut. Betapa terkejutnya dia melihat ianya Seven Kini berdiri di sisinya.

Cree : "Seven!"

Ronex : "Kau pahlawan Crescent yang lagi seorang itu."

Cree : "Kau sudah bangun? Bagaimana keadaan kau, Seven?"

Seven : "Aku okey. Apa rancangan kau orang?"

Ronex : "Terus ke arah Takuya."

Tiba-tiba Seven berpaling ke arah Tye yang sedang sibuk berlawan.

Seven : "Tye! Aku akan masuk ke dalam hutan Foledure. Kau tolong kawal di kawasan sini."

Tegas Seven memberikan arahan kepada Tye yang masih sibuk berlawan.

Tye : "Ah, ya. Kalau ada apa-apa berlaku, roger dengan aku tau."

Lalu Seven kembali fokus ke arah Cree dan pasukan Ronex.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now