Chapter 3.58

156 27 0
                                    

'Krak!'

Tanah di mana tempat Tye berpijak membeku ibarat musim sejuk melanda. Tercengang Towa dan Souma menyaksikan kuasa yang digunakan Tye pada kali ini. Itulah pertama kali Tye menggunakan Ice Killer di hadapan mereka berdua.

Towa : "Apa...?"

Tye : "Maaf, Towa. Aku tak dapat nak ajar kau kuasa ini sebab kuasa ini adalah kuasa daripada keturunan."

Towa : "Wau.... Tak mengapa. Aku cuma terpegun."

Souma : "Jadi Abang Tye nak buat apa sekarang? Ada rancangan?"

Tye : "Ya. Kan aku cakap yang aku sudah ada rancangan? Aku cuma perlukan masa untuk pasang perangkap. Kau orang berdua tolong aku bersihkan laluan ini. Tebang mana-mana pokok di kawasan sini. Buka laluan Hydra itu terus ke arah aku."

Jelas rancangan yang telah disampaikan oleh Tye.

Towa : "Baiklah."

🌸🌸🌸

'Zing! Zing!'

Ezrel masih bergelut dengan Takuya di atas badan Hydra. Kemahirannya dirasakan masih belum cukup untuk mengatasi Takuya.

Tercungap-cungap Ezrel yang cuba bertahan daripada tadi.

Takuya : "Hehehh.... Aku tak rasa yang kau ini masih mampu bertahan. Stamina, zero. Bukan main lama aku rehat, kau masih belum bersedia untuk berhadapan dengan aku. Ternyata kau bukan lawan aku."

Senyum sinis Takuya di hadapan Ezrel. Namun Ezrel langsung tidak berasa gerun. Dia masih lagi belum bersedia untuk mengaku kalah. Perjalanan juangnya masih jauh.

Ezrel : "Apa yang aku selalu dengar daripada Ronex. Orang yang selalu banyak mulut seperti kau ini, hanya kuat dari segi luaran. Namun tak dari segi dalaman."

Seraya Ezrel menghayunkan pedangnya menghadap Takuya. Apa yang menjadi sumber kekuatannya pada ketika itu adalah Ezra dan kisah hidup Tokotsu yang tidak berakhir seperti yang diharapkan.

Ezrel : "Ezra.... Tokotsu.... Tolong berikan aku kekuatan kau. Aku perlukan elemen yang cukup kuat untuk berhadapan dengan Takuya."

Suara halus daripada Ezrel di dengari oleh Ezra yang berjuang menentang Hydra yang masih lagi aktif.

Ezra : "Abang Ez...."

Seraya Ezra mengaum dengan kuatnya di situ. Semangatnya berkobar-kobar hendak menewaskan Takuya. Sungguhpun begitu, Takuya masih tidak makan saman akan reaksi dua beradik itu.

Takuya : "Hahahahh.... Tunjukkan kepada aku apa yang kau ada, kerabat Kaisu!"

Mendengar desakan daripada Takuya, Ezrel tidak membuang masa lagi. Segera dia berpusu ke arahnya. Pedang tajamnya dihayunkan kepada Takuya.

Sungguh pantas, namun Takuya seakan-akan dapat baca gerakan Ezrel itu. Cumanya dia tidak dapat baca kuasa apa yang akan digunakan Ezrel.

'Zap!'

Api marak menyala di hadapan Takuya. Terkejut besar apabila Pedang yang disangkakan biasa-biasa sahaja pada pandangan Takuya menghasilkan api berwarna kuning seperti cahaya mentari.

Takuya : "Apakah?"

Sambil Takuya mengelak belahan pedang berapi Ezrel sambil dia tercengang sendiri. Pada ketika itulah peluang Ezrel untuk menjatuhkan Takuya. Sekilas satu sepakan dilepaskan ke arah Takuya.

Jatuh terduduk Takuya di atas badan Hydra itu. Itu kali pertama dia melihat adanya manusia yang menggunakan kuasa solar selepas The Lord Phantom. Memori lamanya berputik kembali yang mana nyawanya hampir melayang dengan elemen itu.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now