Chapter 3.46

191 28 4
                                    

Ezrel : "Tokotsu!"

Bayang Tokotsu kelihatan semakin menjauh daripada Ezrel. Sebaik sahaja Tokotsu berpaling ke arahnya, serta-merta wajah Tokotsu pecah. Hancur berderai bak kaca.

'Krash!'

Pedang Kaisu Ezrel pecah sebaik sahaja cubaannya untuk membelah tali neon Ayaky gagal. Tergumam hampir kesemua mereka yang berada di situ menyaksikan apa yang telah berlaku. Kejadian yang sangat jarang sekali berlaku ditatapnya mereka.

Ezrel : "Haah?"

Hilang kata-kata Ezrel apabila melihat pedang kebanggaannya musnah begitu sahaja. Berbeza pula dengan reaksi Ayaky yang terukir senyuman nipis menandakan harapannya untuk menang menentang mereka semakin cerah.

Ayaky : "Hehehh...."

Tidak membuang masa, Ayaky hendak melibas Ezrel dengan tali mautnya.

Cree : "Hati-hati!"

'Slash!'

Sepantas kilat Ayaky melibas tali lasernya. Mujur Tye sempat bertindak menyelamatkan Ezrel daripada menjadi mangsa serangan Ayaky. Sedikit sahaja lagi nyawanya bakal melayang.

Kekuatan daripada kaki Tye telah melonjakkan dirinya jauh ke udara. Seraya dia mendarat di atas atap sebuah bangunan tidak jauh daripada situ.

Tye : "Bahaya. Kau okey, Ezrel?"

Ezrel hanya mampu membisu. Tiada sepatah kata yang terkeluar daripada bibirnya. Barangkali dia masih terkesima dengan apa yang telah melanda dirinya. Melihatkan keadaan Ezrel sedemikian merisaukan Tye.

Tye : "Ezrel?"

Ezrel : "P... pedang Kaisu...."

Tye : "A... aku minta maaf. Cumanya sekarang ini, bukan masanya lagi untuk membincangkan perihal itu. Kita kena bawa kau ke tempat yang selama terlebih dahulu."

Sambil-sambil Tye cuba untuk menenangkan Ezrel, Ayaky secara rawak menertawakan mereka. Cukup dia terhibur apabila mendapati pedang Kaisu kini tidak ubah seperti barang murah yang boleh ditemui di mana-mana bazaar karat.

Ayaky : "Muahahahh....! Jadi inikah dia pedang Kaisu yang kau orang semua sibuk-sibukkan sangat? Aku tak rasa itu pedang Kaisu. Tidak ubah seperti cebisan sampah sahaja."

Bongkak lagikan takbur Ayaky menyatakan apa yang terlintas di dalam fikirannya. Namun tanpa pedang Kaisu, hilanglah lambang dan sinar harapan mereka untuk memenangi peperangan yang bakal mendatang.

Ayaky : "Hahahahh.... Memandangkan pedang Kaisu sekarang sudah tiada gunanya, maka eloklah aku musnahkan dia teruskan?"

Kenyataan yang dikeluarkan daripada Ayaky menggusarkan hati mereka semua. Tanpa sebarang amaran, Ayaky hendak melancarkan serangannya ke atas keseluruhan Pekan Neon Pride.

Ayaky : "Neon demon's art, laser beam."

Tidak sempat untuk mereka melakukan apa-apa satu letupan yang sangat dahsyat berlaku di tengah-tengah pekan tersebut. Kelihatannya harapan mereka semakin nipis dengan kegagalan Ezrel menjaga pedang Kaisu tersebut.

🌸🌸🌸

Ezrel : "Hei, Tokotsu. Bagaimana kau boleh jadi sebegitu kuat?"

Tokotsu : "Sudah berapa ramai kau bertanyakan soalan itu sebenarnya, Azarael?"

Ezrel memandang kosong ke arah Tokotsu. Sesungguhnya sikap Ezrel yang mudah merendah diri dengan kehebatan orang lain serba sedikit membuatkan dirinya hilang keyakinan diri.

Guardian Academy : Legend Of Azarael [✓]Where stories live. Discover now