Reymie Club World
Berkerut dahi Jimin apabila melihat orang di sekelilingnya. Jimin menggengam erat tangan Rina yang memegang tangannya supaya tidak terlepas dari ramai orang.
"Rina kau nak buat apa kat dalam club ini?"
"Jomlah, tadi kata nak ikutkan?"
Jimin hanya mengikuti Rina sambil tangannya ditarik oleh Rina. Setelah sampai di sebuah meja, Jimin hanya duduk sambil matanya melirik kearah sekelilingnya.
"Kita nak tunggu siapa ini, Rina?"
"Sekejaplah..."
"Rina!"
Rina dan Jimin memandang kearah empunya suara yang memanggil Rina di dalam kelab yang bising itu.
"Ouh, hey Hyeri."
Jimin hanya melihat Rina yang sedang memeluk seorang gadis yang memakai dress biru pendek yang berada di hadapannya.
"Siapa ini, Rina? Boyfriend kau eh?"
"Nope, he's my friend, Park Jimin."
"Hai, I'm Jung Hyeri. I kawan baik Rina."
Hyeri P.O.V
Jung Hyeri adalah kawan baik Rina dari kecil lagi. Hyeri adalah seorang model dan semestinya dia cantik dan seksi. Hyeri dan Rina adalah sebaya, hubungan mereka sangat baik seperti adik beradik. Hyeri sangat menyayangi Rina seperti adiknya. Lebih lebih lagi, Hyeri seorang yang agak matang berbanding Rina yang adakala cepat emosi.
Jimin hanya tersenyum pada Hyeri yang tersenyum kearahnya. Tangan kiri Jimin terus melingkar di pinggang Rina kerana tidak selesa akan pandangan Hyeri padanya. Rina hanya membiarkan sahaja tingkah laku Jimin kepadanya.
"Aku tak sangka kau akan bawa kawan, Rina. Handsome juga orangnya."
Rina tersenyum akan bisikan Hyeri di telinganya.
"Dia kebetulan nak ikut aku tadi, so aku bawalah sekali."
"I see." jawab Hyeri.
"So, kau apa cerita? Still kerja model?"
Pertanyaan Rina membuatkan Hyeri tersenyum, Rina menarik tangan Jimin untuk melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Yeah, still with my career. Maybe, next year aku akan kerja tetap dengan satu syarikat ini. Apa tah nama dia, dorang nak aku jadi pengurus untuk modeling kat syarikat dia."
"Okeylah itu, kau pun tegas bila bekerja, so mesti boleh buat punya job itu." seloroh Rina.
"By the way, kau nak minum apa apa tak? Aku belanja?" ajak Hyeri.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
FanfictionApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...