"Dah nak sampai, Rina."
Taehyung meletakkan Rina dengan perlahan lahan di atas katil. Rina hanya merebahkan badannya sambil tangannya memeluk perutnya dengan mata yang masih bertutup.
"Kau ada nak apa apa tak? Aku boleh ambilkan."
"Ambilkan minyak angin." luah Rina dengan perlahan.
"Kat mana?"
"Meja solek."
Taehyung dengan segera berjalan kearah meja solek Rina untuk mencari minyak angin yang dipinta. Setelah menjumpai minyak angin, dengan cepat Taehyung melabuhkan punggungnya di sebelah Rina.
"Rina, ini dia minyaknya. Kau nak aku sapukan dekat dahi kau ke?"
"Buka penutup dia." pinta Rina.
"Dah, pastu?"
"Sini..."
Taehyung hanya melihat tingkah laku Rina yang menarik tangannya. Berkerut dahi Taehyung apabila Rina hanya menghidu minyak angin itu.
"Kau hidu saja minyak angin ini? Taknak sapu ke?"
"Aku tak suka sapu kat kepala, aku suka bau saja. Nanti hilang sikit pening aku." jelas Rina sambil matanya masih tertutup.
"Kau ada nak apa apa yang lain tak?"
"Pergi kat meja belajar aku itu, dalam laci nombor dua, ada hot pad, warna biru."
"Okey." jawab Taehyung sambil berjalan kearah meja belajar Rina.
"Rina, ini ke?" soal Taehyung sambil menunjukkannya pada Rina.
"Yes, itulah dia."
"Okey okey, pastu?" soal Taehyung sambil kembali melabuhkan punggung di sebelah Rina.
"Bagi sini..."
Taehyung hanya melihat Rina yang meletakkannya di perutnya. Dengan tiba tiba Taehyung merapati Rina sambil memerhati tingkah laku Rina.
"Kau dah okey sikit ke?"
"Bagi aku rest sekejap, kepala aku pening."
"Kau tidurlah, aku picit kepala kau."
Rina hanya menganggukkan kepalanya apabila mendengar kata kata Taehyung yang ingin memicit kepalanya, dengan bersahaja Rina menyandarkan dirinya di sebelah Taehyung yang bersandar di sebelahnya.
^^^^^
Taehyung mengelus rambut Rina yang sudah lena tidur di sebelahnya sambil tersenyum sendiri.
"Kau memang cantik, tak dinafikan."
Taehyung meneliti wajah Rina yang sedang lena dalam dakapannya dengan dekat, tidak dinafikan Rina memiliki wajah yang sangat cantik. Mata yang bulat, hidung yang mancung, bentuk muka yang ideal dan bibir yang cantik berwarna merah jambu.
Taehyung menyentuh wajah Rina sambil tersenyum sendiri, Rina memiliki wajah yang cantik secara natural tanpa make up. Rina memang tidak suka memakai make up, dari sentuhan jarinya pipi Rina, Taehyung dapat agak yang wajah Rina tiada make up.
"Aku tak sangka, kasar kasar kau ini, ada juga manjanya."
Taehyung mengelus pipi Rina sambil tersenyum sendiri kerana Rina dengan tiba tiba memeluk pinggangnya, Taehyung juga tidak menolak, malah Taehyung lebih merapatkan dirinya dengan Rina untuk memberi keselesaan pada Rina untuk memeluknya.
Mata Taehyung meneliti wajah Rina dengan sangat rapat, tidak pernah lagi Taehyung dapat meneliti wajah Rina sedekat ini. Dalam diam, Taehyung tersenyum sendiri, matanya dengan tiba tiba tertumpu pada bibir Rina.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
FanfictionApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...