Chapter 50 : Dia Girlfriend Aku

32 3 1
                                    

"Kau kenal dengan adik aku, Fiona?"

"Tak!"

"Ye."

Berkerut dahi Rina mendengarkan jawapan mereka, si Fiona mengatakan tak, manakala Taehyung pula kata ya. Mana satu yang betul ini?

"Fiona sayang..."

"Stop calling me that!" marah Fiona.

"Hey, kenapa ini? Fie kenapa marah marah ini?" soal Rina.

"Adik tak suka dia, halau dia kakak."

"Taehyung, kau ada apa apa hubungan ke dengan adik aku?"

"Dia girlfriend aku, Rina."

"Hell no! Kakak halaulah dia." bebel Fiona.

"Tap... Tapi dia kawan akak." jawab Rina pula.

"Sayang..."

"Ish, jangan sentuh sentuhlah!" marah Fiona apabila Taehyung menyentuh tangannya.

"Fie sayang, kenapa you buat i macam ini? Kenapa you tinggalkan i..."

"I cakap jangan sentuh i, kan? Tak faham ke!"

"Sayang, jangan buat i macam ini. Apa salah i sayang? Kenapa you marah sangat dengan i?"

"Kakak, tolonglah Fie!"

Serba salah Rina mahu membantu, ini adiknya, sorang lagi pula kawannya. Nak taknak dia perlu utamakan adik dia. Dengan lembut, Rina menjarakkan Taehyung dari Fiona. Disuruh Fiona untuk masuk ke dalam rumah.

"Taehyung, apa ini sentuh sentuh adik aku."

"Lebih dari sentuh aku pernah bersama dengan dia, Rina." jawab Taehyung.

"Taehyung, aku rasa better kau balik dulu."

"No! Aku nak jumpa dia. Dialah perempuan yang aku cerita Rina, tadi kau kata nak tolong aku cari dia, sekarang dia dah ada depan mata aku. Kau nak aku lepaskan dia macam itu saja?"

"Masalahnya dia adik aku, Kim Taehyung. Tolong respect dia sebagai perempuan. Aku tahu kau nak tahu kenapa dia tinggalkan kau, tapi buat masa ini tolong bagi dia waktu. Aku janji aku sendiri yang akan bagi waktu korang berdua untuk berbincang, tapi bukan hari ini." pujuk Rina.

"Aku sayangkan dia..."

"Aku tahu, Taehyung. Tapi tolong bagi dia ruang buat masa ini, nanti kalau dia dah okey, aku call kau, boleh berbincang."

"Nanti dia lari lagi."

"Tak, dia akan dengar cakap aku, so kau kena sabar. Kau balik dulu eh?"

"Janji dia takkan lari?"

"Aku janji, aku akan cuba slow talk dengan dia."

"Aku tunggu call kau."

"Alright, thank you hantarkan aku balik."

^^^^^

"Fie taknak cakap pasal dia."

Rina tersenyum mendengarkan kata kata Fiona, belum sempat dia mahu tutup pintu Fiona sudah membebel dulu. Dengan selamba Rina merebahkan dirinya di atas katil, mata ditutup untuk berehat.

"Kakak..."

"Hurm?" gumam Rina.

"Dia kawan akak ke?"

"Tadi kata taknak cakap pasal dia."

"Kakak..."

Tergelak Rina mendengarkan rengekan Fiona, tadi beria sangat taknak bercakap pasal Taehyung. Tapi dia pula yang bertanya tentang Taehyung, apa cerita?

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now