Chapter 64 : Anak Buah

37 3 2
                                    

"Haih, dah dimasak mama dengan papa pula makan dekat luar. Kalau tahu makan dekat luar, better Rina masak simple saja. Kan makcik?"

Makcik Lim sekadar tersenyum akan luahan Rina, dia tahu Rina kepenatan kerana membantunya masak di dapur. Banyak masakan yang dibuat, kononnya untuk ibubapanya. Tapi ibubapanya pula makan luar.

"Kita makan berdua sajalah nampaknya makcik."

"Boleh juga, makcik pun dah lapar." ajak Makcik Lim.

"Okey, apa kata kita..."

Masing masing terdiam apabila pintu diketuk, Rina mula tersenyum pasti itu ibubapanya. Konon kata makan dekat luar, sekali balik juga rumah. Kakinya terus melangkah ke pintu utama.

"Fie?"

"Kakak!"

Rina sekadar membalas pelukan Fiona padanya, dia masih terkejut. Macam mana Fiona boleh muncul? Setahunya Fiona ada di Daegu.

"Fie buat apa dekat sini? Fie lari ke?"

"Ish akak ini, merepek sajalah. Fie datang sini sebab rindukan kakak, mama dengan papa. Fie dengar papa dengan mama dah balik, dorang ada dekat rumah kakak."

"Mana Fie tahu mama dengan papa ada dekat sini?"

"Mama bagitahu dia nak ke rumah kakak, so Fie saja datang sini. Kebetulan Fie pun tengah cuti."

"Baru masuk University dah cuti? Biar betul Fie ini?" soal Rina dengan kehairanan.

"Isnin dengan selasa ini, lecterur Fie ada appointment doctor. Dia ada bagi link suruh kita orang research, Fie ada bawa laptop, nanti Fie buatlah research."

"Fie datang sini naik apa?"

"I yang ambil dia."

Rina melirik kearah Jimin yang berdiri di sebelahnya, mungkin dah lama Jimin berdiri di sebelahnya, namun Rina tak perasan. Berkerut dahi Rina apabila melihat Jimin yang memakai pakaian semalam, wajahnya pun agak sembab.

"You ambil Fie? Pukul berapa you pergi Daegu?"

"Lepas balik rumah you, i terus ke Daegu. Sampai sana dalam pukul 5 pagi, ambil Fie terus ke sini balik." jawab Jimin.

"So you tak mandilah ini? You dah rehat belum? Korang dah makan belum?"

"Belum, i lapar baby."

"Fie pun lapar, kak."

"Sudah sudah, jom masuk. Akak baru saja siap masak, boleh makan sekali. After that boleh rehat. Jom..."

Mereka mengikuti Rina ke dapur, masing masing mula terliur apabila melihat masakan yang terhidang di atas meja. Banyaknya! Semua ada! Mereka hanya melihat Makcik Lim dan Rina yang menyediakan makanan untuk mereka.

"Wah, sedapnya akak! Ini mesti akak yang masak kan?"

"Yakin saja Fie, entah entah makcik Lim yang masak." kata Rina dengan bersahaja.

"Fie yakin ini masakan akak, Fie tahu rasa air tangan akak macam mana! Masakan mama pun kalah dengan sup kimchi daging akak ini. Akak punya sup kimchi daging paling the best!"

Rina tersenyum melihat Fiona yang makan dengan sangat berselera, Jimin pun tak kurang hebatnya. Jimin pun makan dengan berselera, mungkin terlalu lapar.

"Kak, mana mama dengan papa? Sunyi saja rumah. Betul betul kita berempat saja ke?"

"Mama ikut papa pergi meeting pagi tadi, pastu dorang pergi berjalan dekat Seoul ini. Entahlah, biarlah dorang nak dating. Fie balik ini, Taehyung tahu tak?"

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now