Jeon House
"Wah..."
Rina memandang kearah sekelilingnya dengan terkesima akan rumah keluarga Jungkook. Rumah itu sangat besar, mewah dan sangat elegant. Rumah keluarga Jungkook lebih besar dari rumahnya, ruang tamunya sangat luas dan cantik.
"Jom."
Rina memandang kearah Jungkook yang mengajaknya, timbul perasaan segan apabila Jungkook menarik tangannya. Rina tahu, pasti Jungkook ingin membawanya berjumpa dengan ibunya.
"Eh, tak apalah. Aku tunggu kat bawah sajalah. Kau pergilah tengok mama kau."
"Jangan mengadalah Rina, jom."
Terdiam Rina apabila Jungkook dengan selamba menarik pinggangnya untuk menaiki tangga berjumpa dengan ibunya.
^^^^^
"Erm, Jungkook aku duduk luarlah. Mama kau tengah tidur itu."
Jungkook mengeluh kecil dengan bisikan Rina padanya, dia tahu pasti Rina segan dan malu untuk berjumpa dengan ibunya. Jungkook melirik kearah ibunya iaitu Ms.Jeon yang sedang lena di atas katil.
"It's okey, mama aku okeylah. Sinilah."
Rina mengeluh panjang apabila Jungkook menarik lengannya untuk mendekati Ms.Jeon. Rina rasa serba salah jika dia hanya menganggu waktu rehat Ms.Jeon.
"Mama..."
Rina memerhati Jungkook yang menyentuh tangan Ms.Jeon dengan lembut sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Ms.Jeon.
"Jungkook? Dah balik?"
Terdiam Rina apabila melihat Ms.Jeon yang telah terjaga dari tidurnya.
"Mama ini... Ini mesti mama pergi shopping lagi, pastu rambang mata. Itu sebabnya pening kepala."
Ms.Jeon tergelak mendengar bebelan Jungkook iaitu anak tunggalnya itu. Namun memang benar yang Ms.Jeon pening kepala setelah pulang dari shopping mall, mungkin juga kerana dirinya terlalu aktif berjalan dan banyak membeli belah.
"Amboi, cantiknya. Siapa ini, Jungkook?"
Tesentak Rina apabila Ms.Jeon dengan tiba tiba menoleh kearahnya sambil tersenyum. Jungkook melirik kearah sebelahnya, iaitu Rina yang sedang berdiri di sebelahnya.
"Ini..."
"Saya Kim Rina, auntie. Saya kawan Jungkook."
Ms.Jeon tersenyum dengan sapaan Rina yang bersahaja sambil menunduk hormat kepadanya.
"Sinilah."
Terkejut Rina dengan tindakan drastik Jungkook yang menarik pinggangnya untuk duduk di atas ribanya.
"Jungkook, tak sopanlah macam ini."
Jungkook tersenyum nakal akan bebelan Rina yang cuba bangun dari ribanya.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
Fiksi PenggemarApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...