Chapter 48 : As Friend

27 4 0
                                    

Taehyung terjaga dari lenanya setelah berejam tidur di sofa kegemarannya, mata digosok sambil mengusutkan rambutnya sendiri.

"Wah, cantiknya."

Taehyung terkesima melihat ruang tamunya yang telah cantik dan kemas sekali. Mejanya telah dilap bersih tanpa habuk, bilik tidurnya kemas, bilik mandinya juga bersih.

"Erm, wangi!"

Bibirnya mengukir senyuman apabila mencium bau wangian bajunya yang telah disidai, pewangi downy sememangnya kegemarannya. Kakinya melangkah kearah dapurnya, sekali lagi dia tersenyum.

"Haih, penat sangat ini."

Tangan Taehyung mengelus rambut Rina sambil tersenyum sendiri. Rina telah tertidur, kepala diletakkan diatas meja sambil berlapikkan tangannya sahaja.

Sempat matanya melirik kearah sinki, bersih dan berkilat. Ruang dapurnya juga bersih seperti rumah baru. Pembantu rumah yang diupahnya pun tak bersihkan rumahnya sebagaimana Rina bersihkan.

"Rina..."

Panggilannya tidak menyedarkan Rina yang lena itu, nampaknya Rina betul betul penat. Mata dilirikkan ke jam dindingnya yang menunjukkan jam 8.30 malam. Mengeluh panjang dibuatnya kerana sudah 4 jam Taehyung telah tidur.

Dengan sengaja Taehyung mendukung Rina dan diletakkan di sofa ruang tamunya, tersenyum Taehyung apabila melihat wajah Rina yang terlena itu. Lena betul dia tidur.

"Aku pergi mandi sekejap ye?"

Diusap rambut Rina dengan manja, matanya melirik kearah tingkah laku Rina yang cuba selesakan dirinya di atas sofa. Dengan cepat Taehyung berjalan masuk ke bilik tidurnya untuk membersihkan dirinya.

^^^^^

"Sweetheart, wake up."

Bisikan Taehyung di telinganya membuatkan dia terjaga, lebih lebih lagi apabila dia merasakan pipinya diusik. Dengan perlahan dia bangun, dia duduk menghadap Taehyung yang berdiri di hadapannya. Wajah diangkat untuk dilihat.

"Taehyung, aku... Eh, jap? Macam mana aku boleh..."

"Aku angkat kau tadi, kesian aku tengok kau tidur kat meja itu. Rumah aku ini ada banyak tempat selesa untuk kau tidur."

Jawapan selamba Taehyung hanya mendapat anggukan dari Rina. Tangannya menyentuh tengkuknya kerana berasa segan bertatapan mata dengan Taehyung.

"Pukul berapa sekarang?"

"8.50 malam"

"Hah?!"

Terbeliak mata Rina apabila mendengarkan jawapan Taehyung padanya. Rasanya dia baru tidur dalam 15 minit.

Sebenarnya Rina telah siap mengemas rumah Taehyung dari jam 7.30 malam lagi, namun Rina berasa agak sakit di bahagian kakinya kerana lama berdiri, jadi Rina berehat sebentar di meja makan sambil memicit kakinya. Tak sangka pula yang dia akan tertidur.

"Aku nak balik dululah kalau macam itu."

"Eh, eh! Janganlah dulu!" halang Taehyung.

"Apa eh eh? Dah nak pukul 9 malam, gila!"

Hairan Rina apabila Taehyung tiba tiba menghalangnya untuk bangun dari sofa, beg yang digalasnya juga ditarik oleh Taehyung. Dia memandang kearah wajah Taehyung dengan kehairanan.

"Dengan keadaan kau yang letih macam ini, memang taklah aku nak bagi kau balik."

"Eh! Kau jangan macam macam eh! Nanti aku sepak kau kang!"

Meremang pula Rina apabila mendengarkan kata kata Taehyung yang tidak berinya pulang. Kenapa tak berinya pulang? Rina mula fikir yang bukan bukan, lebih lebih lagi Taehyung itu playboy dan pernah melayan ramai perempuan.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now