Suga mengeluh melihat wajah murung Jimin, tak pernah lagi dia lihat keadaan Jimin begini. Jimin seorang yang ceria, selalu tersenyum.
"Kau tak boleh ada perasaan cemburu macam itu pada Rina, dia adik kau. Dia boleh rapat dengan mana mana lelaki dia suka."
"Tapi bukan Taehyung." jawab Jimin.
"Kenapa bukan Taehyung? Dia kan kawan baik kau."
"Disebabkan dia kawan baik akulah, aku taknak dia dengan Rina. Aku kenal Taehyung lebih dari korang."
"So, kalau bukan Taehyung? Jungkook?"
Suga tersenyum sendiri apabila Jimin mendiamkan dirinya, nampaknya Jimin seperti tidak mahu lepaskan Rina. Cappuccino di hadapannya diteguk, matanya melirik kearah Jimin yang murung.
"Aku tengok Jungkook nampak serious dengan Rina. Okeylah, Rina dengan Jungkook."
"Jungkook itu playboy." bebel Jimin.
"Habis itu, kau bukan playboy ke Park Jimin?"
"Aku tak teruk macam dorang."
"So, siapa yang sesuai dengan Rina? Kau? Kau kena sedar yang kau itu abang dia, bukan boyfriend dia lagi."
"Aku tahulah, cuma..."
"Cuma apa? Kau taknak lepaskan Rina, right? Kau masih cintakan dia. Kau gilalah Jimin, dia adik kau."
Jimin terdiam mendengarkan bebelan Suga padanya. Dia tahu, dia tak patut ada perasaan macam ini. Tapi dia masih cintakan Rina. Dia tak boleh lupakan Rina.
"Aku nak tanya kau, sejak kau putus dengan Rina. Kenapa kau buat dia macam itu eh? Kau abaikan dia, kau jauhkan diri kau dari dia, kau tak tegur dia, kau buat seolah olah dia tak wujud. Tapi bila dia mesra dengan Taehyung or Jungkook, kau marah. Kau bla macam itu saja. Kenapa eh?"
"Aku tak sengaja."
"1 bulan lebih bro, seriously? Tak sengaja? Alasan bodoh apa kau bagi ini?" marah Suga.
"Fine! Aku tak boleh rapat dengan dia, hati aku masih cintakan dia. She's my first love, Suga. Aku betul betul bahagia bila aku bersama dia, senyuman dia, layanan dia terhadap aku, manja dia, caring dia, kasih sayang yang dia berikan pada aku. Aku tak pernah rasa bahagia macam itu. Itu adalah kali pertama. So, kau rasa aku boleh ke lupakan macam itu saja?"
Suga pula terdiam akan luahan Jimin padanya, dia tak nafikan yang Rina seorang yang sangat penyayang. Apabila bersama dengan Jimin, Rina menjadi seorang gadis yang sangat manja.
Dia pernah lihat Rina mengelus rambut Jimin ketika Jimin baring di atas ribanya kerana pening kepala. Dalam masa yang sama dapat dia dengar yang Rina membisikkan sesuatu di telinga Jimin, sehinggakan Jimin tersenyum.
"Kau kena buang perasaan kau itu, dia adik kau Jimin. Aku tak sukalah kau buat dia macam itu. Aku kesian dengan Rina. Kau buat dia kecewa and then kau abaikan dia. Kau tak rasa bersalah ke?" soal Suga.
"Tipulah aku tak rasa bersalah, aku sayangkan dia."
"Kau minta maaflah and then berterang dengan Rina status kau dengan dia. Takkan kau nak diam macam ini saja?"
"I will try..."
"Come on, kau lelaki patutnya kau kena gentle."
^^^^^
"Kau nak masuk tak?"
Taehyung rasa teragak agak untuk masuk ke dalam rumah Rina, dia takut kalau Fiona nampaknya. Mahunya Fiona halaunya lagi. Tapi dia mahu bersemuka dengan Fiona lagi, dia rindukan kesayangannya itu.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
FanficApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...