Chapter 45 : London

30 2 1
                                    

"London?!"

Berkerut dahi Rina mendengarkan suara mereka semua yang terkejut akan jawapan yang diberi. Wajah ditoleh kearah Taehyung yang menarik tangannya untuk memandang mereka.

"Rina, jauhnya London!" ucap Jin.

"Rina, takkan disebabkan kau dengan Jimin dah putus, kau nak lari sampai ke London?"

Pertanyaan Jungkook membuatkan Jimin yang berada di sebelah Suga terdiam. Matanya yang tadi khusyuk dengan laptopnya, sekarang dilirikkan kearah Rina. Hatinya berdebar mendengarkan Rina yang mahu ke London.

"Kau nak lari ke London pula kali ini? Janganlah, Rina. Hilang leader kita orang nanti." luah Namjoon pula.

"Lantaklah kalau Jimin dah tak sayangkan kau, tapi kita orang masih sayangkan kau Rina. Kau dah macam adik aku." luah Hoseok pula.

"Ish! Bisinglah korang ini." marah Rina sambil menolak tangan Taehyung dan Jungkook yang memegang lengannya.

"Janganlah lari ke London, Rina." luah Jungkook.

"Siapa kata aku lari?"

"Habis itu, kau kata nak keluar ke London itu?" soal Taehyung.

"Aku pergi sana nak jumpa cousin aku saja, Woo."

"Sepupu kau yang lelaki itu eh?" soal Jungkook.

"Ye, Jung Woo Young. Aku mana ada sepupu perempuan."

"Buat apa jumpa dia?" soal Jin pula.

"Dah 4 tahun aku tak jumpa dia, so aku saja nak pergi sana buat surprise birthday dia sabtu ini."

"Lama ke kau pergi?" soal Suga.

"Tak adalah, dalam 4 hari saja. Jumaat pagi aku pergi, isnin malam kot baru balik. Isnin dengan selasa minggu depan, lecturer aku tak ada."

Jawapan Rina membuatkan Jimin tenang, risau juga disebabkan dia Rina lari ke London pula. Dia masih perlukan masa untuk terangkan semua ini pada Rina.

"Encik Yun tak ada kan minggu depan, Jungkook?" soal Rina.

"Ouh, ha ah. Dia tak ada, katanya ada kursus." jawab Jungkook.

"Kau pergi sorang saja ke?" soal Namjoon pula.

"Tak adalah, sepupu aku Hong ikut. Dia yang temankan aku."

"Nak ikut juga!" pinta Jungkook.

"Tak payah." jawab Rina.

"Ala, please? Nak ikut, hari itu masa pergi ke Busan, kau dengan Jim... Auch!"

Jungkook memegang lengannya yang dicubit oleh Jin. Jungkook melirik kearah kawan kawannya yang mengerutkan dahinya padanya, alamak dia dah terlepas cakap. Ditoleh semula kearah Rina, namun Rina sekadar diam seperti tidak kisah akan kata katanya tadi.

"Erk, aku nak follow ke London." pinta Jungkook lagi.

"I said no, right? Kau tak faham?"

"Ala, kedekutlah kau ini." bebel Jungkook.

"Kau tak payah sibuk."

Jungkook menyebikkan bibirnya apabila Suga memerlinya. Kawan kawannya yang lain tersenyum melihat tingkah lakunya, namun bukan Rina. Mereka melirik kearah Rina yang tiba tiba bangun.

"Aku kena balik awal, jumpa korang esok."

"Okey, bye Rina!" ucap Jungkook.

Masing masing melirik kearah Rina yang pergi meninggalkan bilik kelab itu, mereka tersenyum sendiri. Nampaknya Rina sudah boleh diajak berbual, namun mereka tetap merindui senyuman Rina.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now